BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Mentega Mengandungi DNA Babi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.  Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas, mendapati produk itu datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza.. “Perkara ini disahkan wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand. Berikutan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenya­taan di sini.. Othman juga meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang menggunakan produk tersebut, menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.. Othman berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.. Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digu...