BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Erti "AMIN"

Bahwa dlm bahsa Arab apabila pelafadzannya salah, maka arti dlm bahasa Malaysia juga akan salah. Kata "AMIN" adalah salah satu kata yg masih banyak orang Islam keliru kerananya. Tapi walau bagaimanapun, jangan membuat takut atau mundur untuk tetap membaca Al Qur’an. Belajarlah lebih giat lagi & mahu memperbaiki, Kerana Allah Maha Mengetahui & pasti akan menolong hambanya yg berniat untuk ibadah kepada-Nya. Dalam bahasa Arab, ada empat perbedaan kata "AMIN" : 1. "AMIN" (alif dan mim sama-sama pendek) yang artinya AMAN, TENTERAM. .2. "AAMIN" (alif panjang dan mim pendek) yang artinya MEMINTA PERLINDUNGAN KEAMANAN.. 3. "AMIIN" (alif pendek dan mim panjang) artinya JUJUR TERPERCAYA. 4. "AAMIIN" (alif panjang dan mim panjang) artinya YA TUHAN,KABULKANLAH DOA . mudah-mudahan dgn catatan ini kita  mengetahui apa arti * AMIN* yg sebenarnya ya...

Apa itu puasa fardhu

Yang dimaksud dgn puasa fardhu adalah puasa di bulan Ramadhan. Dan puasa dalam Islam adalah: meninggalkan makan,minum,merokok dan memasukkan apa saja ke dlm kerongkongan atau rongga perut,mulai waktu fajar hingga maghrib. Yang diwajibkan puasa fardhu adalah: Muslim yg balig dan berakal. Dan golongan orang-orang yg pada bulan Ramadhan diperbolehkan memberi makan kepada seorang muslim setiap hari sebagai pengganti puasanya adalah: Orang-orang Lanjut usia,orang yg sakit tidak mungkin lagi sembuh ,orang-orang yg bekerja di medan yg sangat berat sehingga keselamatan dirinya ataupun orang lain akan terancam jika ia berpuasa. Seseorang boleh menangguhkan puasa di bulan Ramadhan bila dalam perjalanan atau menderita sakit, Seseorang harus menangguhkan puasa di bulan Ramadhan bila sedang haid(datang bulan) dan sehabis melahirkan (nifas). Sunatnya puasa :@ Makan sahur. @ Makan kurma sedikit ( ta'jil) atau minum air sedikit pada waktu maghrib. @ Membaca doa yg biasa diucapkan oleh Rasulullah S...

Kalau ingin menjadi...

Kalau menjadi batu Jangan menjadi batu di tepi jalan Yang tak ada nilainya, dan tak ada harganya Diinjak orang, ditendang orang Tetapi jadilah batu permata Yang berkilau, yang bersinar dihargai orang Kalau menjadi kayu Jangan menjadi kayu biasa Yang rapuh, dan mudah patah Tetapi jadilah kayu jati Kayu yg mantap Mahal nilainya Dihargai orang Kalau menjadi manusia Jangan menjadi manusia biasa Bimbang jiwanya Rapuh imannya Sempit pikirannya Suram masa depannya Tetapi jadilah manusia luar biasa Tegar jiwanya Kuat imannya Tertib sholatnya Qur'an jalan hidupnya Luas pandangannya Gemilang masa depannya Perahu sudah berlayar Dayung sudah di tangan Fikirkanlah, Renungkanlah Katakan pada dirimu Bahwa aku tidak memilih untuk menjadi manusia biasa Tapi aku memilih Untuk menjadi manusia luar biasa!

Dam Dim Dum

DENTUMAN mercun dan percikan bunga api yang yang terbang bersimpang-siur ke udara kini sudah bermula. Lagaknya seperti pesta walaupun diberi amaran keras oleh pihak berkuasa. Dan begitulah berakhirnya riwayat seorang kanak-kanak berumur 6 tahun di Kuala Trengganu kelmarin, menjadi korban pertama kerana mercun di rumah keluarganya sendiri meletup. Di kawasan Kuala Trengganu sendiri terutama yang berjauhan dengan bandar dan kawasan kampung berhampiran muara sungai, setiap malam dentuman meriam buluh kedengaran. Ia bukan sahaja mengganggu penduduk tetapi juga mengundangkan bahaya dengan letupan menggunakan bahan karbait itu. Nampaknya mercun dan bunga api terlarang seperti jenis roket ini begitu mudah diperoleh dan bahan-bahan ini pula seolah-olah mudah pula diseludupkan ke negara kita. Kebanyakan mangsa cedera dan hilang jari, putus anggota tangan atau kaki dan tidak kurang yang menjadi buta semata-mata bermain mercun di bulan Ramadan. Pada Tahun Baru Cina dan Deepavali tidak pula ada ya...

'rahmah' ramadhan

Telah hampir seminggu kita mengharungi bulan ramadhan dengan berpuasa, bertarawikh serta lain lain ibadat sunat demi mendapatkan keredhaan Allah atas diri masing masing. Suasana di surau atau masjid mengharukan dipenuhi para jemaah. Dari manakah datangnya? Yang pasti bukan makhluk dari planet lain atau jemaah dari tempat lain. Mungkin keadaan ini dapat memperkenali golongan golongan yang terantai selama ini seperti terantainya syaitan kini. Mohon agar kita bukan dari kalangan ini. Kita masih dalam fasa pertama, 'rahmah' iaitu kasih sayang. Fasa berikutnya ialah 'maghfiroh' iaitu keampunan dan fasa terakhir, 'itqun minnar'  iaitu kebebasan dari api neraka. Marilah kita memanfaatkan semaksimumnya kesempatan yang diberi oleh Allah ini. Kita pastikan, sesungguhnya apa yang kita buat ini adalah kerana ingin beribadat. Insyaalah apa yang kita lakukan di fasa pertama pasti akan dapat kita lakukan hingga ke fasa tiga iaitu ke akhir ramadhan. Jika solat tarawikh malam pe...