BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Ketagih laman web sosial



HIDUP tidak lengkap tanpa internet, khususnya laman web sosial seperti Facebook. Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta suri rumah pasti mengakui ‘melekat’ di komputer melayari laman web itu saban hari.Lebih parah lagi apabila obsesi laman web itu dipadankan dengan ketagihan bermain permainan komputer.
Namun, seperti mana masalah lainnya - ketagihan yang keterlaluan pasti ada padahnya.

Inilah amaran dibuat beberapa pakar perubatan termasuk pakar otak terkemuka Britain yang juga pensyarah Universiti Oxford, Susan Greenfield.

Menurutnya, obsesi melampau melayari laman web sosial dan permainan komputer boleh menjejaskan fungsi otak.

“Ketagihan internet boleh merubah otak dengan menjejaskan tumpuan dan mengurangkan aspek kepantasan reaksi atau rasa empati. Individu boleh menjadi seorang yang dingin, tidak peka atau sensitif dengan perasaan orang lain kerana fungsi otak mereka yang diubah kerana terlalu asyik dengan komputer.
“Ringkasnya, tabiat mereka itu menyebabkan minda mereka menjadi tumpul. Bagi saya, fakta ini sudah cukup membimbangkan dan sewajarnya diberi perhatian sama seperti tumpuan kepada isu perubahan cuaca.

“Ia mungkin lebih serius kerana membabitkan keupayaan seseorang itu berfikir dengan baik dan bagaimana otak itu berfungsi. Kita juga bimbang, andai ketagihan ini berterusan, ia boleh mewujudkan generasi yang lemah mindanya,” kata Greenfield ketika berucap pada Festival Sains Britain, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Greenfield berkata, kebimbangannya itu berlandaskan rasional berikutan kesan atau impak internet terhadap otak penggunanya.

“Penggunaan laman web sosial mengurangkan interaksi secara bersemuka.
Golongan muda tidak lagi suka berbicara secara berdepan dan menyebabkan mereka tidak sensitif dengan perasaan atau endah reaksi rakan atau orang lain.

“Selain itu, penggunaan enjin carian mencari fakta menjadi halangan individu untuk belajar atau mentelaah. Akibatnya ramai yang terlalu bergantung kepada enjin carian bagi mendapatkan maklumat diingini daripada berikhtiar atau bersusah payah mencari fakta menerusi buku atau sumber rujukan lainnya,” katanya.

Menurut Greenfield, tabiat suka bermain permainan komputer pula mengajar pelbagai aspek negatif yang memudaratkan seperti menganggap kesilapan sebagai perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan.

“Di Britain, ada kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih tujuh jam sehari di depan komputer. Mereka yang bermain permainan komputer ini hidup dengan dunia mereka sendiri. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan sebelum mencapai misi itu sebaliknya mendidik mereka menjadi insan yang cuai atau lalai ketika melakukan kegiatan seharian,” katanya.

Itu, katanya, tidak termasuk aspek kesihatan yang disebabkan ketagihan laman web sosial dan permainan komputer seperti obesiti. Ini disebabkan pengguna tidak lagi suka begerak atau bersenam sebaliknya sanggup makan di depan komputer. Lebih memburukkan keadaan, waktu makan juga tidak diendahkan.

Kebimbangan Greenfield turut diakui pakar atau saintis saraf kognitif Universiti Tufts di Massachusetts, Amerika Syarikat, Maryanne Wolf.

“Saraf dalam otak yang selama ini digerakkan aktiviti membaca serta menganalisis kandungan bahan bacaan itu boleh terjejas apabila lebih ramai yang memilih untuk melayari internet. Kita tidak lagi berminat untuk menganalisis fakta yang diterima bulat-bulat menerusi enjin carian.

“Berikutan itu, kita tidak lagi mengajar otak untuk berfikir secara mendalam yang boleh menjejaskan fungsi otak apabila keadaan berlarutan.

“Saya bimbang, jika itulah yang dilakukan dari peringkat awal kehidupan iaitu kanak-kanak, bagaimana keadaannya apabila mereka dewasa kelak. Ia tidak hanya menjejaskan kehidupan seharian tetapi bagaimana mereka dapat menjadi pekerja yang cekap dan berdaya saing?” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Jihyo dan Kang Daniel bercinta dalam diam

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Jihyo kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Kang Daniel. Menurut laporan Hollywoodlife, Jihyo dan Kang Daniel kerap meluangkan masa bersama sejak awal tahun ini namun mereka cuba untuk merahsiakan hubungan itu. Kata sumber terdekat, Jihyo dan Kang Daniel bertemu menerusi rakan baik mereka yang merupakan seorang selebriti pada tahun lalu. Biarpun masih belum ada pengesahan mengenai hubungan cinta pasangan itu namun pihak agensi JYP Entertainment mendedahkan mereka berdua mempunyai perasaan satu sama lain.