Penyakit kencing tikus atau leptospirosis telah menyebabkan lapan orang meninggal dunia akibat jangkitan itu selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.
Penyakit itu disebabkan bakteria Leptospira. Ia tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.
Walaupun dipanggil virus kencing tikus, ia bukan saja merebak melalui tikus tetapi haiwan lain seperti babi, burung, landak, kelawar, kambing, kuda, anjing, dan tupai.
Kehadiran virus itu tanpa tanda amaran menimbulkan pelbagai tanda tanya dan pengajaran kepada manusia.
Sebenarnya Allah menurunkan wabak itu untuk menguji hamba-Nya tetapi ramai yang masih berdegil.
Allah berfirman yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia: Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat". (Surah Ar-Rum ayat 41).
Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang membabitkan diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Selain itu, kita hendaklah membersihkan diri dari mensyirikkan Allah, kekufuran dan perkara yang boleh membawa kepada dosa.
Islam sangat mengambil berat aspek kebersihan ini, justeru sebelum bersolat, kita wajib membersihkan diri dan batin daripada segala sifat kotor.
Kenapa kita semua perlu menjaga persekitaran alam sekitar dari pencemaran dan kemusnahan? Ia penting dalam usaha menjadikan alam sekitar bersih.
Selain kotor, tempat rekreasi turut menjadi 'port' bagi pasangan melakukan maksiat termasuk berzina sedangkan ia adalah kawasan tumpuan orang ramai.
Allah menimpakan bala kepada sesiapa saja tanpa mengira di mana mereka berada, berdosa ataupun tidak.
Penyakit kencing tikus yang meragut beberapa nyawa sebelum ini perlu dijadikan iktibar supaya manusia kembali merenung kesalahan yang dilakukan terhadap diri, keluarga dan masyarakat,
Allah boleh jadikan binatang sebagai sumber penyakit selepas murka dengan kemungkaran yang manusia lakukan.
Boleh jadi ia juga berpunca daripada campur tangan jin jahat untuk berbuat sedemikian,
Segala yang menimpa masyarakat dan negara kita adalah peringatan daripada Allah supaya kita kembali mentaati perintahnya untuk menjadi khalifah yang sentiasa menyuburkan muka bumi ini dengan amal makruf,
Persekitaran yang bersih turut merangkumi kawasan hutan dan sungai. Jangan biarkan sungai tercemar kerana ia akan mengakibatkan berlakunya pencemaran dan keracunan air

Ulasan