Durian telah ditemui di rantau Asia Tenggara terutama di Brunei, Indonesia dan Malaysia dan mula dikenali di dunia Barat lebih 600 tahun lalu. Pada abad ke-19, pakar alam sekitar British, Alfred Russel Wallace menggambarkan durian sebagai sejenis makanan yang kaya dengan isi dan mempunyai aroma cukup kuat. Isi durian boleh dimakan mentah, sebagai perisa dalam masakan, digunakan sebagai manisan malah biji juga boleh digunakan dalam masakan. Durian yang dikenali sebagai raja buah mempunyai saiz sehingga 30 sentimeter (sm) dengan berat mencapai tiga kilogram (kg). Isinya mengeluarkan aroma menusuk walaupun sebelum dibuka. Ada yang menggemarinya, tetapi ada juga yang mendapati baunya kurang menyenangkan. Sebab itu durian tidak dibenarkan dalam pengangkutan awam dan hotel. Tetapi disebabkan permintaan terhadap raja buah ini cukup tinggi, maka kajian untuk menghasilkan durian yang terbaik juga tidak pernah terhenti. Kajian mengenai durian di negara ini bermula sejak zaman penjajahan British ...
Berita semasa dalam negeri dan global,politik,Bisnes,hiburan,viral,artis