BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Seks di angkasa lepas


Sejak tahun 1963, apabila angkasawan wanita Rusia, Valentina Tereshkova (gambar) berlepas dari bumi dan memasuki ruang orbit -- penjelajahan angkasa bukan lagi monopoli kaum adam.

Kini, berbagai misi angkasa lepas memungkinkan para penjelajah angkasa, baik lelaki atau wanita bersama dalam satu kapsul atau di stesyen angkasa lepas dalam tempoh yang lama, kerana kebiasaannya misi penjelajahan memakan masa bertahun lamanya.

Hidup bersama di angkasa lepas, lelaki dan wanita, menimbulkan persoalan samada mungkin para angkasawan itu boleh melakukan hubungan seks dan berkembang biak di sana. Polemik berkaitan seks di luar angkasa ini kembali hangat sejak kebelakangan ini setelah University of South Wales di Australia menerbitkan kajian tentang kesan perhubungan seperti itu. Kajian itu terbit baru-baru ini dan dilaporkan dalam beberapa media pada 15 Oktober 2010.

Diskusi tentang seks di angkasa lepas itu bermula semenjak tahun 1908, apabila George Griffith menghasilkan satu karya tulisan berjudul "Honeymoon in Space,". Perdebatan pada waktu itu hanya terbatas di kalangan angkasawan sahaja, dan setelah itu menjadi reda untuk beberapa lama.

Topik ini kembali hangat pada tahun 2007, setelah terbongkar skandal cinta segi tiga, yang menggegarkan NASA. Kisah percintaan itu melibatkan angkasawan wanita Lisa Marie Nowak (gambar tengah) dan Colleen Shipman, dengan William Oefelein.

Yang menggemparkan, Lisa Nowak telah dituduh melakukan cubaan membunuh ke atas Colleen Shipman – pesaing cintanya. Meskipun akhirnya bebas dengan jaminan, karier cemerlang Nowak di angkasa lepas itu akhirnya jatuh ke bumi.

Ketika skandal ini heboh diperkatakan, komandan Space Shuttle Discovery NASA, Alan Poindexter (gambar) menegaskan, seks bukan agenda dalam misi mereka.
"Kami profesional. hubungan perseorangan bukan perkara utama," kata Pondexter, seperti dilapor Telegraph, Jun 2010.

Bagaimana jika angkasawan melakukan hubungan intim ketika menjelajah angkasa?
Poindexter menegaskan bahwa itu jelas bukan pilihan. "Kami berhubungan antara satu sama lain dengan hormat. Kami mempunyai hubungan kerja yang baik," katanya.

NASA memang tidak melarang para krunya menjalinkan hubungan cinta. Juga tidak ada peraturan bertulis yang melarang berhubungan seks di angkasa lepas.

Namun, NASA mengelak dari mengeluarkan kenyataan bagi persoalan ini. Dakwaan pihak astronomi Perancis, bahawa NASA mempelajari 10 posisi seks selama misi ulang-alik 1996 -- dibantah keras.

Sementara itu, Agensi Angkasa Rusia, yang sering menghasilkan kajian kesan isolasi kru angkasa lepas tidak pernah membicarakan tentang seks.

Bagaimana pula dengan Agensi Angkasa Eropah (ESA)? ESA memerhati secara relatif isu seks di angkasa lepas. Mereka pernah menghasilkan kajian pada 1998 yang menunjukkan penerbangan ruang angkasa akan menyebabkan penurunan kadar testosteron pada angkasawan lelaki.

Kajian terbaru terbaru yang dikeluarkan University of New South Wales (NSW), Australia, memperingatkan kita bahawa mengadakan hubungan intim di angkasa lepas itu bukan satu idea yang baik.

Seperti dilaporkan dalam FoxNews 15 Oktober 2010, sel induk embrio akan berperilaku secara berbeza di luar graviti bumi.

Selain itu, mikrograviti yang dialami angkasawan di dalam pesawat angkasa lepas dan di stesyen angkasa boleh memberi kesan kepada tubuh dalam misi jangka panjang -- menghentikan pertumbuhan otot, melemahkan tulang, dan denyutan jantung yang tidak teratur.

Menurut saintis Universiti NSW, Helder Marcal , mokrograviti juga mempengaruhi pembelahan sel, kekebalan tubuh, sistem otot dan tulang, kadar kalsium dalam sel, dan motiliti sel.

Eksperimen simulasi mokrograviti menunjukkan hasil yang tidak positif bagi perkembangan sel embrio.

Apa akibatnya jika nekad?

Ada risiko negatif yang akan dialami embrio – terencatnya kematangan termasuk jantung, tulang, dan pembuluh darah. Pertumbuhan saraf akan menjadi lambat. Kesan mikrograviti pada embrio sama seperti yang dialami orang dewasa – tapi kerosakannya lebih besar pada embrio.

"Ini kerana tubuh orang dewasa dapat beradaptasi dengan persekitaran mikrograviti," kata Marcal. Bagaimanapun, di masa depan, pembiakan manusia memang tidak dapat dielakkan.
Pada ketika itu, saintis berharap akan wujudnya kaedah perubatan bagi melindungi embrio dan janin dari bahaya mikrograviti.

Ini memungkinkan kewujudan bidang kejuruteraan genetik bagi tujuan eksplorasi planet dalam sistem solar. Namun perlu disedari, ini sesuatu yang rumit kerana berkait dengan masalah etika dan moral

sumber di perolehi

Ulasan

MOH KEMBARA berkata…
Salam Yob, tak buleh bayangkan camner deme nak mengawan tu, tonggang terbalik ler, keatas kebawoh, kena bukak ke suit tu, atau kena buat lubang? Aisssyyyy!
MOH KEMBARA berkata…
salam, Moh ke blog teman dan follow. Teman dah follow Yob. Salam perkenalan!

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Petua Simpan Sayur bertahan lama

Sayuran Petua bagaimana untuk mengekalkan kesegaran sayur agar ia bertahan lama. Apa kata kita ikuti langkah-langkah yang dinyatakan: 1) Jangan basuh sebelum disimpan Jangan sesekali membasuh sayur-sayuran sebelum disimpan dalam peti ais. Jika dibasuh ia akan jadi lembik dan tidak mampu bertahan lama. Sebaiknya, cuci sayur tersebut tatkala anda mahu menggunakannya. 2) Rendam dengan air garam Rendam sayur-sayuran ke dalam air yang dibubuh garam selama 10 minit. Kemudian tos dan biarkan selama lima minit sebelum dimasak. Garam berfungsi untuk menghilangkan sisa-sisa kimia atau racun serangga yang melekat pada sayur-sayuran tersebut. 3) Jangan simpan sayur yang tidak sesuai dalam peti sejuk Sayur-sayuran seperti kentang dan bawang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia sesuai disimpan pada suhu bilik yang normal bagi membolehkan ia bertahan lama. 4) Jangan simpan sayur bersama buah Ketika menyimpan sayur dalam peti air, asingkan ia daripada buah-buahan. Segelintir bu...