BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Laman Web Paling Popular Di Malaysia


Laman web sosial, Facebook, merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA).

MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan lepas berkata, blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.

"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama, dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.

"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti adalah yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun," katanya.

MDA berkata laman web berita merupakan kategori pertama yang menarik lebih separuh pengunjung sehari, dengan rakyat Malaysia melawat laman web berita tempatan untuk purata empat kali sehari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Jihyo dan Kang Daniel bercinta dalam diam

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Jihyo kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Kang Daniel. Menurut laporan Hollywoodlife, Jihyo dan Kang Daniel kerap meluangkan masa bersama sejak awal tahun ini namun mereka cuba untuk merahsiakan hubungan itu. Kata sumber terdekat, Jihyo dan Kang Daniel bertemu menerusi rakan baik mereka yang merupakan seorang selebriti pada tahun lalu. Biarpun masih belum ada pengesahan mengenai hubungan cinta pasangan itu namun pihak agensi JYP Entertainment mendedahkan mereka berdua mempunyai perasaan satu sama lain.