KEJAYAAN Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) bakal berulang apabila acara itu menemui peminatnya sekali lagi sepanjang minggu ini sehingga 12 Disember nanti.
Selepas melakar sejarah tersendiri pada 2000, 2003 dan 2006, KLIMS’10 telah bersedia untuk mencipta satu lagi rekod hebat kerana 330,000 pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang sepuluh hari pameran ini berlangsung.
Pameran untuk penggemar automotif dan pencinta kereta ini bukan sahaja membuka peluang untuk mereka melawat, tetapi juga membolehkan setiap pengunjung melihat, menyentuh dan menikmati sendiri keunikan kereta-kereta ternama yang mungkin selama ini hanya berpeluang dilihat di dalam majalah permotoran sahaja.
Menurut Ketua Jawatankuasa KLIMS’10, Datuk Aishah Ahmad, pameran kali ini menjanjikan keajaiban terbaru dan paling sensasi di dunia automotif serta menawarkan aksesori kereta yang sentiasa dicari-cari peminat kenderaan.
Lebih menarik lagi, aksesori tersebut datang dalam bentuk pakej di mana ia akan dibungkus dengan barangan menarik serta hadiah mengagumkan.
“Suasana riang dan acara kemuncak KLIMS’10 akan menjadi penarik utama. Hollywood akan muncul di KLIMS 2010 dalam bentuk Bumble Bee, robot Transformers setinggi 16 kaki dan kereta Batman seperti yang dipaparkan dalam filem tersebut,” kata Aishah yang juga Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Sebagai pameran automotif terbesar dan terbaik yang pernah dianjurkan di negara ini, KLIMS’10 tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja sebaliknya sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira siapa mereka dan kenderaan jenis apa yang mereka pandu.
Ketika berlangsungnya acara, pengunjung akan dipersembahkan dengan kenderaan rekaan terkini dunia termasuk pameran kereta ‘hybrid’ dan mesra alam, kereta berkonsep, super cars, motosikal berkuasa tinggi, kenderaan komersial, aksesori dan komponen serta aktiviti-aktiviti yang meriangkan.
Dengan hanya membeli tiket masuk, pengunjung berkesempatan memenangi kereta Proton Saga dan motosikal NAZA selain peluang membawa pulang Toyota Prius.Chevrolet Captiva dan Harley-Davidson pula menawarkan pakej khas percutian perjalanan pandu dan tunggang sendiri kepada para pengunjung.
Bersesuaian dengan KLIMS’10 yang bertaraf antarabangsa, media serantau dari Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina dan India turut hadir merancakkan publisiti sekali gus mencetuskan minat penggemar kereta di negara mereka untuk berkunjung ke Malaysia.
Penduduk di Singapura juga dapat menikmati kemeriahan pameran ini apabila terdapat dua bas khusus yang ditampal dengan iklan KLIMS’10 yang mengelilingi republik tersebut.
Dua bas tersebut yang sentiasa berlegar-legar di Orchard Road, sebuah lokasi yang sentiasa sibuk di kota Singa, mampu menarik perhatian lebih banyak keluarga di Singapura untuk memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi percutian sepanjang cuti sekolah Disember ini.
Tema We Care (Kami Peduli) yang diketengahkan dalam KLIMS tahun ini juga bertepatan dengan masanya serta relevan dengan keprihatinan global terhadap masalah alam sekitar.
“Selain memaparkan jenama automotif terbaru dan inovasi yang boleh didapati di pasaran terkini, kami juga berharap dapat membawa inisiatif industri automotif dalam memberikan sumbangan bagi kesejahteraan manusia. “Atas sebab itulah tema kami pada kali ini berbunyi We Care (Kami Peduli),” tambah Aishah.
KLIMS’10 bukan sahaja gah tetapi turut menjadi peluang terbaik dalam usaha negara menonjolkan imej kelas dunia dalam sektor pelancong dengan adanya sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Kempen-kempen yang melibatkan media cetak dan elektronik turut rancak dijalankan bagi membolehkan pengunjung mendapat maklumat lebih mendalam tentang acara tersebut. Oleh itu jangan lupa mengunjungi KLIMS’10 dan alamilah sendiri keseronokkannya.

Ulasan