BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

LEGASI 25 tahun Proton Saga

LEGASI 25 tahun Proton Saga menyaksikan transformasi model pertama syarikat automotif pertama Malaysia itu terus kukuh sehingga kini.

Sejak suku abad lalu, Saga dikenali sebagai kereta paling berpatutan dan mampu milik di negara ini menjadikannya terus popular.

Mahu kekal sebagai kereta pilihan masyarakat menyebabkan pengeluarnya, Kumpulan Proton Berhad (Proton) melakukan perubahan demi citarasa semasa dengan memperkenalkan Saga Facelift (FL).

Gaya luaran Saga FL direka bentuk baru yang dinamik bagi pengadang, bumbung, lampu dan jeriji hadapan serta bampar belakang.

Cermin sisi juga diberikan wajah baru yang dilengkapi dengan lampu LED sebagai pemberi isyarat haluan dan pemantul belakang.

Bahagian dalaman Saga FL pula menyerlahkan kerusi penumpang dan pintu penuh fabrik baru, pemain cakera padat (CD) dan MP3. Model ini juga menyerlahkan pemanduan lebih baik dengan jaminan keselamatan penumpang yang mampu menarik minat generasi muda sebagai pembeli kereta.



Harga Saga FL bermula serendah RM37,998 pada harga lebih tinggi antara RM1,000 dan RM1,300 berbanding Saga sebelum ini.Sebanyak enam warna pilihan iaitu Transquility Black, Solid White, Genetic Silver, Granite Grey termasuk dua warna baru iaitu Blue Rock dan Cafe Latte.

Dengan penampilan lebih gaya, sporty dan trendi yang disuntik dalam Saga FL pastinya menjadi magnet menarik lebih ramai pemilik generasi muda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Jihyo dan Kang Daniel bercinta dalam diam

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Jihyo kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Kang Daniel. Menurut laporan Hollywoodlife, Jihyo dan Kang Daniel kerap meluangkan masa bersama sejak awal tahun ini namun mereka cuba untuk merahsiakan hubungan itu. Kata sumber terdekat, Jihyo dan Kang Daniel bertemu menerusi rakan baik mereka yang merupakan seorang selebriti pada tahun lalu. Biarpun masih belum ada pengesahan mengenai hubungan cinta pasangan itu namun pihak agensi JYP Entertainment mendedahkan mereka berdua mempunyai perasaan satu sama lain.