SELEPAS telefon pintar seperti iPhone dan Blackberry menjadi salah satu lambang gaya hidup masa kini, komputer tablet pula menjengah pasaran dan menjadi gajet yang mengujakan para penggemar teknologi.
Apple sebagai peneraju telah memperkenalkan iPad bagi melengkapi senarai gajet pintarnya yang menjadi koleksi penting penggemar jenama itu yang selama ini ’taksub’ pada iPhone dan iPod Touch.
Dikenali sebagai komputer tablet dalam kalangan pengguna secara umum, jenama Samsung pula tampil dengan Galaxy Tab diikuti Playbook oleh Blackberry yang memberikan tawaran hampir sama.
iPad merupakan gajet yang berguna sekiranya kita tahu kegunaannya secara menyeluruh.
Oleh itu, penting untuk seseorang yang membeli iPad untuk mengetahui tujuan membeli gajet ini serta mengetahui kebolehannya secara optimum. Jika tidak, ia merupakan satu kerugian,
Apple adalah jenama peneraju. Walaupun ada produk komputer tablet pesaing di pasaran kini,iPad adalah keluaran terbaik dan tidak boleh ditandingi jenama-jenama lain.
Senarai aplikasi percuma yang dimuat turun pula kebanyakannya bersifat pengumpulan data dan hiburan. Google Earth, Amazon's Kindle, Pandora Radio dan Netflix adalah natara yang muncul dalam kategori tersebut.
Ulasan