Siri monitor terbaru itu ialah BL Series (19"/22'W/24"W), EW/ VW Series (21.5"W/24"W), XL Series (24"W) dan GL Series .
Enam model baru dalam siri ini dilengkapi dengan ciri dan corak Ergonomik dan mesra alam untuk memperlihatkan nilai semasa penggunaan, mengatasi persaingan dan memberikan kelebihan kepada BenQ dalam industri Teknologi Maklumat (IT) sebagai pengeluar pertama penayang LED "4E".
Sebagai syarikat pengeluar teknologi panel LED-backlit Kesejajaran Tegak (VA) yang pertama di dunia, BenQ telah melengkapkan model 24" BL2400PT dengan panel VA bagi memberikan pengalaman sudut tayangan luas 178° yang tiada tandingan.
Sensor Pelindung-Mata Automatik bersepadu menilai paras cahaya persekitaran dan menyesuaikan tahap kecerahan tayangan secara berterusan bagi memberi keselesaan mata maksimum untuk tempoh tayangan panjang dan mengurangkan ketegangan dan keletihan mata.
Siri VW mempunyai corak yang sama seperti monitor siri V yang memenangi anugerah BenQ (Anugerah Ciptaan iF 2010) dengan cecincin emas pada bahagian bawah, corak anggun yang diperkuatkan dengan garis kontur berkilat dan bersih serta salutan varnis.
Siri EW lebih diminati oleh penggemar video digital kerana ia dilengkapi dengan pilihan video input dengan rangkaian yang lebih luas, lantas meningkatkan keseronokan tayangan video tanpa gangguan.
Untuk penggemar permainan komputer, BenQ bekerjasama dengan ZOWIE, pengeluar tetikus pemain professional dan pad tetikus untuk membangunkan Siri XL.
Siri GL mempunyai Nisbah Kontras Dinamik paling tinggi di dunia (12 juta:1).
Ia dilengkapi Teknologi Penglihatan Manusia Senseye® jenama BenQ, ciri- ciri warna, kejelasan dan kontras pada kandungan video dipertingkatkan untuk menghasilkan imej yang lebih menyeluruh, padat dan lebih terperinci walaupun dalam permainan yang sangat gelap atau adegan filem.
Monitor ini menampilkan stail permainan yang mesra dan ceria dengan butiran seperti corak buih yang muncul sebagai perapi hiasan di sepanjang bahagian bawah skrin bezel yang juga berfungsi sebagai kekisi pengalihan udara di bahagian belakang satah.
Setiap siri monitor LED GL disertakan dengan pelbagai pilihan penghubung: GL (D-Sub; DVI-D); GL/A (D-Sub); GL/M (D-Sub); DVI-D; Line-In; Headphone Jack); GL/AM (D-Sub; Line-In; Headphone Jack).
Selain itu, model GL/M and GL/AM dilengkapi dengan (1 watt x 2) pembesar suara dalaman, amat sesuai untuk kenikmatan audio visual tanpa memerlukan peralatan audio tambahan.
Ulasan