BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Notebook terpantas di dunia, MSI GT680

pix_middle


PENGELUAR produk komputeran terkenal di dunia, Micro Star International (MSI)mendatangkan  notebook terpantas di dunia, MSI GT680 yang disokong Intel Core 2 i7 nVIDIA DirectX 11 berkuasa tinggi.

Ia juga siap dengan kad grafik GeForce GTX 460M yang mampu memecahkan rekod menakjubkan dengan kepantasan tiga kali lebih cepat dibandingkan rata-rata notebook game lain di pasaran.
Di samping itu, ia mempunyai empat slot memori DDR3, meningkatkan kapasiti memori sehingga 16GB dan arkitektur pemacu solid state dipercepat untuk memaksimumkan prestasi dan meletakkannya sejajar dengan penyelesaian desktop terbaik. Generasi Intel Core2 i7 lengkap dengan teknologi Turbo Boost 2.0 yang meningkatkan kemampuan komputasi dari semua Core manakala teknologi Quick Sync Video meningkatkan teknologi fail multimedia.

Kad grafik nVIDIA GeForce GTX 460M dengan memori 1.5GB GDDR5 menyokong DirectX 11 untuk resolusi yang lebih tinggi membolehkannya  melihat, misalnya, butiran bangunan dari sudut jauh kejauhan membuatkan game lebih realistik.

Empat slot memori DDR3 dibina khusus memberikan pemain mesin paling kuat semaksimum 16GB, memberikan  kapasiti memori seakan pelayan. Teknologi MSI Turbo Drive Engine (TDE) GT680 yang dihasilkan sendiri melalui MSI berfungsi dengan hanya satu sentuhan bercahaya di atas papan kekunci untuk fungsi pendinginan kuat bagi menunjukkan suhu Core dan kipas RPM.

Audionya pula mantap dengan sistem TruStudio THX Pro setanding bunyi pawagam namun pada masa sama ia menjimatkan penggunaan tenaga elektrik melalui inovasi MSI ECO Engine.

PRODUK: MSI GT680
HARGA: RM5,999
PEMPROSESAN: Intel Core i7 2630QM
OS: Windows 7 Ultimate/Home Premium
MEMORI: DDR3 16GB
PAPARAN: 15.6 inci Full HD (1920x1080)
GRAFIK: Nvidia GeForce GTX 460M 1.5GB GDDR5
VIDEO OUTPUT: 1 x HDMI, 1 x VGA
CAKERA KERAS: 640GB/1TB RAID 0, 120GB SSD + 500GB HDD
ANTARAMUKA: 2x USB 3.0, 2x USB 2.0, 1x eSATA, pembaca kad 5-dalam-1
DIMENSI: 395 x 267 x 55mm
BERAT: 3.5kg
CIRI UNIK: CPU pantas, grafik berkuasa tinggi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Petua Simpan Sayur bertahan lama

Sayuran Petua bagaimana untuk mengekalkan kesegaran sayur agar ia bertahan lama. Apa kata kita ikuti langkah-langkah yang dinyatakan: 1) Jangan basuh sebelum disimpan Jangan sesekali membasuh sayur-sayuran sebelum disimpan dalam peti ais. Jika dibasuh ia akan jadi lembik dan tidak mampu bertahan lama. Sebaiknya, cuci sayur tersebut tatkala anda mahu menggunakannya. 2) Rendam dengan air garam Rendam sayur-sayuran ke dalam air yang dibubuh garam selama 10 minit. Kemudian tos dan biarkan selama lima minit sebelum dimasak. Garam berfungsi untuk menghilangkan sisa-sisa kimia atau racun serangga yang melekat pada sayur-sayuran tersebut. 3) Jangan simpan sayur yang tidak sesuai dalam peti sejuk Sayur-sayuran seperti kentang dan bawang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia sesuai disimpan pada suhu bilik yang normal bagi membolehkan ia bertahan lama. 4) Jangan simpan sayur bersama buah Ketika menyimpan sayur dalam peti air, asingkan ia daripada buah-buahan. Segelintir bu...