BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Pemacu mudah alih edisi terhad GoFlex untuk Mac



 Mac, Seagate  memperkenalkan koleksi baru pemacu luaran GoFlex untuk Mac yang direka khusus demi kemudahan pengguna Mac OS X dan Time Machine dalam menyalin, menghantar atau berkongsi kandungan digital.

Penyelesaian desktop berformat HFS+ mudah alih baru itu serasi sepenuhnya dengan perisian salinan Apple Time Machine dan sementara masih boleh berfungsi dalam komputer sama ada Microsoft Windows atau Mac OS X.



Malah, ciri-ciri unik pemacu GoFlex untuk Mac membolehkannya dapat digunakan dalam komputer dengan sistem operasi Windows cuma dengan memuat turun panduan HFS+ untuk Windows melalui Seagate.com.

Setiap produk GoFlex untuk Mac sedia dilengkapi dengan FireWire 800, adapter USB 2.0 dan kabel - antara muka yang paling popular untuk komputer Apple.

Malah ia menawarkan fleksibiliti penukaran antara muka pemacu itu ke USB 3.0 atau dengan eSATA bagi penggunaan dalam komputer Windows.

Kabel antara muka GoFlex ini dapat mencapai kelajuaan, prestasi dan penyambungan yang diinginkan oleh para pengguna dengan perbelanjaan yang sewajarnya dengan perubahan teknologi.

Siri pemacu luaran GoFlex untuk Mac termasuk:

lGoFlex for Mac ultra-portable drive- pemacu mudah alih 2.5 inci ini adalah direka khas untuk penggunaan Apple Time Machine yang mudah beroperasi sama ada menukar atau mengemaskini fail sebelum fail itu diciptakan.

lGoFlex for Mac Limited Edition ultra-portable drive- Pemacu mudah alih edisi terhad GoFlex untuk Mac  dengan pakej storan 1TB dalam bentuk faktor 2.5 inci yang mengikut piawaian, menjadikannya pemacu berkapasiti tinggi yang ternipis .

lGoFlex Pro for Mac ultra portable- Pemacu 2.5 inci dengan kelajuan 7200RPM ini menyampaikan prestasi unggul untuk profesional yang memerlukan penyimpanan kapasiti tinggi, seperti artis grafik, ahli muzik, jurugambar video atau jurugambar.

lGoFlex Desk for Mac drive- Pemacu luaran berkapasiti tinggi 3.5 inci mempunyai rekabentuk yang fleksibel supaya ia boleh diletak secara melintang atau menegak dalam tempat kerja anda. Pemacu ini boleh menyalin fail melalui Apple Time Machine.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Jihyo dan Kang Daniel bercinta dalam diam

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Jihyo kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Kang Daniel. Menurut laporan Hollywoodlife, Jihyo dan Kang Daniel kerap meluangkan masa bersama sejak awal tahun ini namun mereka cuba untuk merahsiakan hubungan itu. Kata sumber terdekat, Jihyo dan Kang Daniel bertemu menerusi rakan baik mereka yang merupakan seorang selebriti pada tahun lalu. Biarpun masih belum ada pengesahan mengenai hubungan cinta pasangan itu namun pihak agensi JYP Entertainment mendedahkan mereka berdua mempunyai perasaan satu sama lain.