BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Festival layang-layang Pasir Gudang

Biarpun festival layang-layang Pasir Gudang memasuki edisi ke-15, namun penganjurannya tetap meriah dan terus mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dalam dan luar negara setiap tahun. Jika sepanjang tempoh itu, festival tersebut sinonim dengan penganjurnya, Johor Corporation (JCorp), namun bermula tahun ini tugas itu mula digalas kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Justeru, seiring dengan perubahan tersebut, festival yang menjadi salah satu acara rasmi dalam kalendar pelancongan negeri turut mengalami proses penjenamaan semula dan ia kini dikenali sebagai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Bermula 16 Februari lalu hingga semalam, ruang udara di Bukit Layang-layang, Taman Bandar, Pasir Gudang dipenuhi dengan layang-layang pelbagai bentuk dan warna hasil kreativiti pelayang tempatan dan antarabangsa. Bentuk buaya, ketupat, sotong, bulat, segi tiga, ikan, pahlawan samurai, naga dan tidak lupa juga wau tradisional mewarnai ruang udara dengan terbang ...

Model tetikus wayarles A4Tech G10.

NAVIGASI dan pengendalian sistem pengkomputeran pasti tidak akan lengkap tanpa kehadiran peranti tetikus. Walau pun bersaiz kecil, namun peranannya cukup besar dalam membantu pengguna menyelaras aplikasi komputer tidak kira secara ringkas mahupun sofistikated. Hanya satu klik pada alat itu, semua perisian dan aplikasi dapat dibuka serta dikawal dengan tepat dan lancar. Peringkat awal penciptaan tetikus, ia disokong oleh sambungan wayar dan bebola di bahagian bawahnya untuk tujuan kelancaran operasi. Hari ini, teknologi tetikus telah diperluas ke peringkat tinggi menerusi kelebihan seperti sokongan pergerakan optik, sambungan secara tanpa wayar, skrol bar di tengah, akses Bluetooth dan sebagainya.  Model tetikus wayarles A4Tech G10. Ia mengetengahkan inovasi penerimaan isyarat dengan laluan sekali gus membenarkan navigasi untuk lima pengguna secara serentak. Dengan kelebihan itu, ia sesuai diaplikasikan untuk aktiviti seperti mesyuarat, pembentangan kertas kerja, permainan video dan...

Acer Iconia

Model baru komputer riba Acer yang elegan, menarik serta mengujakan. Memiliki skrin sesentuh pada kedua-dua belah bukaan, komputer riba yang dikenali sebagai Iconia melangkah ke dimensi teknologi paparan sesentuh secara total. Jangan terkejut, secara tradisionalnya papan kekunci pada komputer riba masih menggunakan butang-butang abjad untuk memudahkan anda untuk menaip, namun kini ia tiada lagi. Saksikan video kegemaran anda pada skrin teratas kemudian layari laman web pada skrin kedua pada bahagian bawah (tempat asal papan kekunci). Sentuh sahaja aplikasi Acer Ring, kemudian bersedia untuk merasai pengalaman penggunaan generasi skrin sesentuh yang terbaru. Malah, pelbagai lagi aplikasi serta spesifikasi boleh anda terokai dalam dunia Iconia yang tersendiri. Selain itu, aplikasi Social Jogger membolehkan anda memeriksa paparan serta mengemaskini beberapa laman sosial seperti Facebook, Youtube dan Flickr pada satu-satu masa. Aplikasi Gesture Editor,aplikasi My Journal...

Samsung Wave 575

Samsung Wave 575 dengan keupayaan platform yang sama.dengan model Samsung Wave S8500. Ia hadir bersama pacuan teknologi mobiliti pintar dan efisien dalam usaha memastikan pengguna sentiasa berhubung dengan sesiapa dan di mana sahaja.  Samsung Wave 575 telah tersedia bersama perisian seperti Facebook dan Twitter supaya pengguna boleh mengaksesnya terus daripada skrin utama. turut disempurnakan bersama teknologi Samsung Social Hub untuk integrasi senarai kontak bersama e-mel, mesej pantas (IM) dan juga rangkaian sosial. Melalui aplikasi Ultimate Box  pengguna boleh mengurus serta mengemaskini kesemua mesej dan e-mel mereka secara serentak. Bagi memberi pilihan aplikasi untuk dimuat turun, pengguna Samsung Wave 575 ditawarkan dengan platform Samsung Apps untuk capaian sama ada melalui peranti telefon bimbit itu sendiri atau komputer. Antara aplikasi yang ditawarkan adalah seperti permainan video, navigasi perjalanan, buku elektronik, maklumat kesihatan dan juga gaya hid...