Samsung Wave 575 dengan keupayaan platform yang sama.dengan model Samsung Wave S8500.
Ia hadir bersama pacuan teknologi mobiliti pintar dan efisien dalam usaha memastikan pengguna sentiasa berhubung dengan sesiapa dan di mana sahaja.
Samsung Wave 575 telah tersedia bersama perisian seperti Facebook dan Twitter supaya pengguna boleh mengaksesnya terus daripada skrin utama. turut disempurnakan bersama teknologi Samsung Social Hub untuk integrasi senarai kontak bersama e-mel, mesej pantas (IM) dan juga rangkaian sosial.
Melalui aplikasi Ultimate Box pengguna boleh mengurus serta mengemaskini kesemua mesej dan e-mel mereka secara serentak.
Bagi memberi pilihan aplikasi untuk dimuat turun, pengguna Samsung Wave 575 ditawarkan dengan platform Samsung Apps untuk capaian sama ada melalui peranti telefon bimbit itu sendiri atau komputer.
Antara aplikasi yang ditawarkan adalah seperti permainan video, navigasi perjalanan, buku elektronik, maklumat kesihatan dan juga gaya hidup.Samsung Wave 575 mempunyai reka bentuk yang unik, nipis dan berkualiti.
Kelebihan lainnya pula ditampilkan menerusi sokongan sambungan Wi-Fi berkelajuan tinggi, sistem penentu kedudukan global (GPS) dan capaian informasi kedudukan geografi melalui Google Latitude.
Untuk keupayaan multimedia, model ini didatangkan bersama kamera tiga megapiksel, rakaman dan permainan video serta platform pelayaran web Dolfin.
Spesifikasi Samsung Wave 575 :
Rangkaian HSDPA 3.6 megabit sesaat (Mbps).
Paparan skrin LCD TFT 3.2 inci.
Kamera tiga megapiksel dengan perisian Photo Editor.
Permainan muzik SoundAlive dengan sambungan set kepala 3.5 milimeter (mm).
Penalaan radio FM.
Sambungan Bluetooth, USB 2.0, Mikro USB dan Wi-Fi 802.11 b/g/n.
Memori binaan dalam 100 megabit (MB) dengan sokongan kad memori microSD sehingga 16 gigabit (GB).
Saiz: 109.5 x 55 x 11.9 milimeter.
lBerat: 100 gram (g).
Spesifikasi tambahan: Integrasi pengurusan mesej Social Hub, perisian TouchWiz 3.0, Samsung Apps, Sensor Accelerometer dan RSS Reader.
Ulasan