BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Aplikasi Mobile Content

Aplikasi Mobile Content


Aplikasi Mobile Content yang dinamakan sebagai BabyKhalifah Mobile Learning Siries: My First Iqra Boleh dimuat turun melalui telefon bimbit daripada jenis iPhone dan iPod, menjadikan aplikasi tersebut digemari oleh sesetengah ibu bapa beragama Islam untuk mendidik serta menarik perhatian anak-anak mereka mendekati al-Quran dan Islam.

BabyKhalifah Mobile Learning Siries : My First Iqra' merupakan salah satu tarikan yang sesuai kepada kanak-kanak berusia antara satu dan lima tahun.

Aplikasi tersebut menyediakan perkara asas pembelajaran mengenai Islam melalui watak kartun yang bernama Aisyah.

Menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya bagi memastikan kanak-kanak juga mampu menguasai bahasa tersebut dan Aisyah sebagai watak utama yang akan memperkenalkan perkara asas dalam Islam kepada kanak-kanak.

Dewasa ini teknologi pembelajaran sudah berubah malah menjadi semakin canggih, justeru aplikasi yang disediakan ini dilihat mampu menarik minat kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan memahami ajaran Islam dengan lebih mudah,

Ia juga berkaitan dengan fenomena kanak-kanak masa kini yang sangat meminati dan mudah terpengaruh dengan dunia kartun, justeru, medium yang sama digunakan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.

Antara sukatan pelajaran pengenalan yang boleh dimuat turun melalui iPhone dan iPod oleh syarikat ini adalah MyFirst Iqra', MyFirst Arabic, Wudhu', I Love Allah, A Story for Muslims Kids dan MyMuslim Scholars.

Ditubuhkan pada September 2007, IslamKids.Media Sdn. Bhd. menumpukan perhatian kepada pembelajaran Islam dengan sasaran kanak-kanak Islam yang berumur satu hingga lima tahun.

Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan sukatan pembelajaran asas Islam, kakitangan IslamKids.Media Sdn. Bhd. turut terdiri daripada pakar teknologi, akauntan, penasihat perniagaan, pelukis animasi dan pemprogram dalam menghasilkan pembelajaran Islam secara digital.

Malah, syarikat ini juga turut menerima sokongan penuh daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui geran untuk memastikan objektif syarikat tersebut tercapai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Petua Simpan Sayur bertahan lama

Sayuran Petua bagaimana untuk mengekalkan kesegaran sayur agar ia bertahan lama. Apa kata kita ikuti langkah-langkah yang dinyatakan: 1) Jangan basuh sebelum disimpan Jangan sesekali membasuh sayur-sayuran sebelum disimpan dalam peti ais. Jika dibasuh ia akan jadi lembik dan tidak mampu bertahan lama. Sebaiknya, cuci sayur tersebut tatkala anda mahu menggunakannya. 2) Rendam dengan air garam Rendam sayur-sayuran ke dalam air yang dibubuh garam selama 10 minit. Kemudian tos dan biarkan selama lima minit sebelum dimasak. Garam berfungsi untuk menghilangkan sisa-sisa kimia atau racun serangga yang melekat pada sayur-sayuran tersebut. 3) Jangan simpan sayur yang tidak sesuai dalam peti sejuk Sayur-sayuran seperti kentang dan bawang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia sesuai disimpan pada suhu bilik yang normal bagi membolehkan ia bertahan lama. 4) Jangan simpan sayur bersama buah Ketika menyimpan sayur dalam peti air, asingkan ia daripada buah-buahan. Segelintir bu...