BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Internet Explorer

Internet Explorer


Bagaimanakah cara untuk memastikan pelayar web Internet Explorer selamat digunakan?
Dalam program Internet Explorer (IE) terdapat empat bahagian tahap keselamatan yang anda boleh konfigurasikan iaitu bahagian Trusted, Restrict, Internet dan Intranet atau setempat. Ia bergantung kepada zon mana anda mengetahui status keselamatan atau percaya kepada laman-laman web yang akan dilayari menerusi IE.



Konfigurasi ini juga dikenali sebagai zon keselamatan yang boleh dikonfigurasikan dalam menu keselamatan pada program IE.

Konfigurasi ini membolehkan anda melayari laman web di Internet menggunakan program IE dengan lebih selamat.

Seterusnya diperincikan langkah-langkah konfigurasi tersebut iaitu:-

Klik pada butang Tools yang terdapat pada menu di atas program IE.

Klik pada butang Internet Options atau Option yang terdapat di menu Tools.

Apabila tetingkap Internet Options dibuka, klik pada tab Security.

Di sini anda boleh membuat pilihan untuk salah satu zon keselamatan program IE iaitu sama ada Internet, Local Intranet, Trusted Site atau Restricted Site Zones untuk anda konfigurasikan.

Untuk mengkonfigurasikan kesemua jenis zon keselamatan tersebut, anda boleh memilih pilihan untuk konfigurasi secara lalai iaitu konfigurasi yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft pada IE sekiranya tidak mahir.

Ini boleh dilakukan dengan memilih dan klik pada menu Default Level untuk setiap zon atau klik pada menu Reset all zones to default level.

Zon keselamatan yang penting adalah pada zon Internet.

Pada zon ini anda boleh menetapkan tahap keselamatan ketika melayari Internet iaitu sama ada memilih tahap Medium, Medium-high atau High.

Di samping itu, disetiap zon keselamatan ada pilihan untuk kita konfigurasikan keselamatan pelayar web secara manual atau kendiri iaitu pada menu atau butang Custom Level. Pastikan anda mengetahui berkenaan apa yang anda konfigurasikan pada menu ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Jihyo dan Kang Daniel bercinta dalam diam

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Jihyo kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Kang Daniel. Menurut laporan Hollywoodlife, Jihyo dan Kang Daniel kerap meluangkan masa bersama sejak awal tahun ini namun mereka cuba untuk merahsiakan hubungan itu. Kata sumber terdekat, Jihyo dan Kang Daniel bertemu menerusi rakan baik mereka yang merupakan seorang selebriti pada tahun lalu. Biarpun masih belum ada pengesahan mengenai hubungan cinta pasangan itu namun pihak agensi JYP Entertainment mendedahkan mereka berdua mempunyai perasaan satu sama lain.