BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

iPad generasi kedua

ipad

Apple dijangka akan memperkenalkan iPad generasi kedua hari ini dalam usaha untuk bersaing dengan keluaran model pertama gajet tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun lalu.

Semua pihak bertaruh Apple akan memperkenalkan iPad generasi kedua dengan versi yang diperbaharui seperti yang diperkenalkan oleh ketua eksekutifnya, Steve Jobs di pusat bandar San Fransisco Januari lalu..



Penganalisis di Goldman Sachs dalam satu pesanan kepada pelabur berkata, mereka menganggap Apple mengumumkan keluaran iPad generasi kedua tersebut sebagai satu taktik pemasaran mereka.gajet tersebut mampu menarik minat ramai pihak berikutan kini semakin banyak pesaing yang mengeluarkan gajet seumpama itu

Sementara itu, Pengerusi dan Pegawai Eksekutif Mobiliti Motorola, Sanjay Jha berkata, syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat tidak mempunyai masalah dalam memasarkan produk keluaran Motorola iaitu Xoom yang juga merupakan pesaing kepada iPad.

"Penjualan Xoom menunjukkan permulaan yang baik dan ia berharga dalam lingkungan AS$600 (RM1,860) dan AS$800 (RM2,480)," katanya.

Model iPad generasi kedua itu dijangka mempunyai reka bentuk yang lebih nipis di samping mempunyai kapasiti memori yang lebih besar, cip komputer berkuasa tinggi serta mempunyai kamera hadapan dan belakang bagi membolehkan aplikasi video FaceTime seperti yang terdapat pada telefon pintar, iPhone 4.

Menurut penganalisis Penyelidikan Gartner, Ken Dulaney berkata, pasaran pengguna kini tidak boleh bertahan lama sekiranya tiada pembaharuan dilakukan dan sekurang-kurangnya setiap pengeluaran baru itu saling berkaitan dengan produk sebelumnya.

Seorang lagi penganalisis Penyelidikan Gartner, Van Baker berkata, berita mengenai pengeluaran terbaru iPad mungkin sesuatu yang menyeronokkan namun tiada apa yang menakjubkan dan tiada perubahan harga.

"Syarikat teknologi terkenal itu sudah memberi kejutan dalam setiap keluaran baru produk mereka dan kini semua orang sedang bercakap mengenai Xoom namun siapa yang sanggup membayar sebanyak AS$800 (RM2,480) sedangkan anda boleh mendapatkan iPad dengan harga AS$500 (RM1,550)?"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Jihyo dan Kang Daniel bercinta dalam diam

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Jihyo kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Kang Daniel. Menurut laporan Hollywoodlife, Jihyo dan Kang Daniel kerap meluangkan masa bersama sejak awal tahun ini namun mereka cuba untuk merahsiakan hubungan itu. Kata sumber terdekat, Jihyo dan Kang Daniel bertemu menerusi rakan baik mereka yang merupakan seorang selebriti pada tahun lalu. Biarpun masih belum ada pengesahan mengenai hubungan cinta pasangan itu namun pihak agensi JYP Entertainment mendedahkan mereka berdua mempunyai perasaan satu sama lain.