BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

planet baru ditemui

planet baru


Alam semesta tidak ada batasannya. Terdapat banyak objek di angkasa dengan pelbagai bentuk dan pelbagai rupa.

Selain objek semula jadi seperti planet, bintang, bulan, asteroid dan komet, objek buatan manusia seperti satelit, Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan prob atau robot kapal angkasa merupakan sebahagian daripadanya.



UFO pula masih mengujakan manusia meskipun tidak ada bukti konkrit mengesahkan kewujudan mereka.

Di sebalik itu semua, pakar astronomi dan astrofizik mempunyai tanggungjawab lain. Antaranya membuat cerapan mengenal objek-objek terbaru berdasarkan isyarat yang diterima.

Pada tahun lepas, sekumpulan pakar astronomi melakar sejarah dalam pemetaan angkasa apabila mereka mengumumkan planet baru, planet itu mempunyai sifat yang memungkinkan untuk dihuni manusia.

Pencerapan terhadap planet itu dibuat sejak 11 tahun lalu. Tetapi kejayaan dicapai pada penghujung September 2010. Planet tersebut berada di luar daripada sistem suria kita dengan jarak lebih kurang 20.5 tahun cahaya (1.94 x 10 km) dari Bumi.

Penemuan kehadiran planet mengorbit bintang kerdil merah, Gliese 581 itu berada dalam lingkungan buruj Libra.

Selepas penemuan planet yang diberi nama Gliese 581b pada tahun 2005, kumpulan tersebut menemui planet Gliese 581 (c) , (d) ,(e), (f) dan g. Ini merupakan sistem yang mempunyai enam planet.

Pada planet keenam iaitu Gliese 581g didapati mempunyai sifat-sifat yang membolehkan adanya habitat atau dipanggil habitable zone.

Gilese 581 g itu ditemui oleh ahli-ahli astronomi Lick -Carnegie Exoplanet Survey diketuai oleh Prof. Steven Vogt yang merupakan profesor astronomi di Universiti California Santa Cruz bersama Paul Butler dari Institut Carnegie Washington, penemuan tersebut berdasarkan pengukuran halaju jejarian sebanyak 122 cerapan dalam tempoh 11 tahun.

Penemuan juga berjaya dihasilkan dengan gabungan 119 cerapan lagi yang diperoleh dalam tempoh kiraan 4.3 tahun menggunakan High Accuracy Radial Velocity Planet Searcher (HARPS) dengan teleskop berdiameter 3.6 meter La Silla Observatory di Chile kepunyaan European Southern Observatory.

Kajian dibuat dengan menggunakan alat High Resolution Echelle Spectrometer (HIRES) yang dipasang di Mauna Kea Hawaii menggunakan teleskop berdiameter 10 meter iaitu Keck 1.

Berdasarkan penemuan tersebut, mereka menggabungkan data-data daripada dua teleskop berkenaan barulah ia menjadi kenyataan dan menerbitkanya dalam jurnal astrofizik bagi menyatakan penemuan bersejarah itu.

Malah Vogt telah menamakan planet Gliese 581g itu sebagai Dunia Zarmina mengambil sempena nama isterinya.

Planet kecil yang lain iaitu dari b hingga ke f dianggap tidak sesuai kerana terlalu kecil sedangkan Zarmina yang berjarak 1.94 x 10 kilometer dari sistem suria kita mempunyai keadaan fizikal yang berbatu dan atmosfera yang sesuai untuk membolehkan kehadiran air.

Berat atau jisimnya ialah antara 3.1 dan 4.3 jisim bumi dan berjejari 1.3 hingga 2.0 jejari Bumi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Petua Simpan Sayur bertahan lama

Sayuran Petua bagaimana untuk mengekalkan kesegaran sayur agar ia bertahan lama. Apa kata kita ikuti langkah-langkah yang dinyatakan: 1) Jangan basuh sebelum disimpan Jangan sesekali membasuh sayur-sayuran sebelum disimpan dalam peti ais. Jika dibasuh ia akan jadi lembik dan tidak mampu bertahan lama. Sebaiknya, cuci sayur tersebut tatkala anda mahu menggunakannya. 2) Rendam dengan air garam Rendam sayur-sayuran ke dalam air yang dibubuh garam selama 10 minit. Kemudian tos dan biarkan selama lima minit sebelum dimasak. Garam berfungsi untuk menghilangkan sisa-sisa kimia atau racun serangga yang melekat pada sayur-sayuran tersebut. 3) Jangan simpan sayur yang tidak sesuai dalam peti sejuk Sayur-sayuran seperti kentang dan bawang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia sesuai disimpan pada suhu bilik yang normal bagi membolehkan ia bertahan lama. 4) Jangan simpan sayur bersama buah Ketika menyimpan sayur dalam peti air, asingkan ia daripada buah-buahan. Segelintir bu...