TELUK KEMANG 3 April – Jenazah pencipta lagu terkenal, Seri Bayu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pelanduk di sini petang ini. Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 46, yang mengalami penyakit saraf sejak sekian lama, meninggal dunia di Hospital Port Dickson malam tadi selepas dilaporkan mengalami sesak nafas. Suasana sedih dan pilu menyelubungi tanah perkuburan sebaik sahaja jenazah Allahyarham diturunkan ke liang lahat kira-kira pukul 2.30 petang. Turut hadir ahli keluarga Seri bayu serta beberapa rakan artis termasuklah, penyanyi dangdut popular Sheeda, komposer S. Atan dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham. Sementara itu, Nazira Abdul Ghani, 16, yang merupakan anak angkat kepada Seri Bayu memberitahu dia berasa terkilan dengan pemergian Allahyarham apatah lagi beliau baru sahaja merakamkan lagu single bertajuk `Sebelum Aku Pergi'. “Beberapa bulan yan...