BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Seri Bayu selamat dikebumikan

Seri Bayu selamat dikebumikan


TELUK KEMANG 3 April – Jenazah pencipta lagu terkenal, Seri Bayu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pelanduk di sini petang ini.

Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 46, yang mengalami penyakit saraf sejak sekian lama, meninggal dunia di Hospital Port Dickson malam tadi selepas dilaporkan mengalami sesak nafas.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi tanah perkuburan sebaik sahaja jenazah Allahyarham diturunkan ke liang lahat kira-kira pukul 2.30 petang.



Turut hadir ahli keluarga Seri bayu serta beberapa rakan artis termasuklah, penyanyi dangdut popular Sheeda, komposer S. Atan dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham.

Sementara itu, Nazira Abdul Ghani, 16, yang merupakan anak angkat kepada Seri Bayu memberitahu dia berasa terkilan dengan pemergian Allahyarham apatah lagi beliau baru sahaja merakamkan lagu single bertajuk `Sebelum Aku Pergi'.

“Beberapa bulan yang lalu saya berjumpa dengan arwah selepas satu pertandingan karaoke di Bangi, Selangor dan beliau berhasrat mendidik saya menjadi penyanyi.

“Sejak pertemuan itu keluarga saya dan Seri Bayu menjadi rapat sehingga arwah menjadikan kami keluarga angkatnya. Tetapi belum sempat album single itu dipasarkan arwah sudah pun pergi meninggalkan kami,” katanya.

Tambah Nazira, Seri Bayu sangat teruja untuk menyiapkan album ini dan semua perancangan sudah dilakukan oleh beliau dengan bantuan beberapa rakannya.

Ujarnya, dia turut berhasrat untuk memenuhi hajat arwah untuk memasarkan single terbabit kerana lagu itu memaparkan penderitaan hidup komposer terkenal tersebut.

Isteri Seri Bayu, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau lebih dikenali sebagai Erema ketika ditemui selepas majlis pengkebumian Seri Bayu memberitahu dia masih terkejut dengan pemergiaan suaminya itu.

Erema yang juga seorang penyanyi berkata, kali terkahir mereka bertemu adalah beberapa bulan lalu di mahkamah ketika proses menuntut cerai dari arwah.

“Walaupun sudah beberapa tahun tidak tinggal bersama tetapi saya tetap merasa sangat sedih dengan pemergian beliau. Kami selalu juga berhubung untuk bertanya khabar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),'' katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Jihyo dan Kang Daniel bercinta dalam diam

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Jihyo kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Kang Daniel. Menurut laporan Hollywoodlife, Jihyo dan Kang Daniel kerap meluangkan masa bersama sejak awal tahun ini namun mereka cuba untuk merahsiakan hubungan itu. Kata sumber terdekat, Jihyo dan Kang Daniel bertemu menerusi rakan baik mereka yang merupakan seorang selebriti pada tahun lalu. Biarpun masih belum ada pengesahan mengenai hubungan cinta pasangan itu namun pihak agensi JYP Entertainment mendedahkan mereka berdua mempunyai perasaan satu sama lain.