BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Tanah runtuh: Enam dirawat di wad biasa, dua di ICU

 Tanah runtuh: Enam dirawat di wad biasa, dua di ICU


KUALA LUMPUR 22 Mei — Enam daripada sembilan mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam kini ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang.

Dua lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan dan seorang sedang menjalani pembedahan, menurut seorang pegawai khidmat pelanggan hospital berkenaan hari ini.

Sembilan individu berkenaan adalah mangsa yang terselamat dalam insiden tanah runtuh tersebut, yang telah mengorbankan 16 nyawa.

"Kita tempatkan mereka dalam sebuah wad bencana yang diwujudkan berikutan tragedi ini yang berlaku semalam, buat ketika ini mereka semua sedang menerima rawatan masing-masing,” kata pegawai itu.



Pihak media bagaimanapun tidak dibenarkan bertemu dengan mangsa.

"Keutamaan pihak hospital ialah untuk merawat mereka, jadi keadaan mereka perlu dipastikan sentiasa tenang,” kata pegawai itu lagi.

Operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, disambung semula pada pukul 8 pagi ini meskipun kesemua 25 mangsa sudah dikeluarkan dari runtuhan itu.

Operasi susulan yang dijalankan pasukan polis dan bomba itu kini lebih tertumpu kepada aspek meninjau lokasi sekitar kawasan tragedi dan pembersihan sisa runtuhan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian hari ini mendapati kawasan sekitar juga kembali tenang dan terkawal, di mana orang ramai tidak lagi berkumpul dan bersesak-sesak seperti semalam bagi mendapatkan perkembangan tragedi itu.

Laluan menuju ke lokasi kejadian juga sudah dibuka kepada orang ramai.

Bagaimanapun polis telah menutup laluan sepanjang 500 meter dari tempat kejadian dengan pita kuning supaya orang ramai tidak terlalu hampir dengan lokasi tragedi.

"Kita perlu buat tinjauan kawasan kerana dikhuatiri masih ada berlaku pergerakan tanah,” kata seorang anggota polis di tempat kejadian.

Pengetua rumah tersebut Idris Musa, yang dilihat melawat tempat kejadian pagi ini, enggan ditemu bual media kerana masih bersedih dengan tragedi tersebut.

Di tempat kejadian, terdapat dua buah lori syarikat pengeluar barangan makanan pengguna, menyediakan hidangan ringan untuk petugas penyelamat dan anggota media.

Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Senarai nama yang meninggal dunia

1) Mohd. Kamarul Amizan, 11

2) Nurahimi Rosdi, 14

3) Dzahir Haziq M. Muin, 11

4) Ahmad Lokman Hakim, 11

5) Farid Ibrahim, 34

6) Mohd. Azret Azahari, 8

7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11

8) Zahid Assawal Zamri, 19

9) Mohd. Mustakim Mamat, 12

10) Mohd. Naerzein M. Nor, 8

11) Mohd. Aiman Abdullah, 10

12) Shahrul Nurimran Adnan, 9

13) Mohd. Zaim Azahari, 14

14) Mohd. Imal Fahad, 9

15) Mohd. Riezman Ab. Latif, 9

16) Mohd. Hazim Sapri, 10

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Petua Simpan Sayur bertahan lama

Sayuran Petua bagaimana untuk mengekalkan kesegaran sayur agar ia bertahan lama. Apa kata kita ikuti langkah-langkah yang dinyatakan: 1) Jangan basuh sebelum disimpan Jangan sesekali membasuh sayur-sayuran sebelum disimpan dalam peti ais. Jika dibasuh ia akan jadi lembik dan tidak mampu bertahan lama. Sebaiknya, cuci sayur tersebut tatkala anda mahu menggunakannya. 2) Rendam dengan air garam Rendam sayur-sayuran ke dalam air yang dibubuh garam selama 10 minit. Kemudian tos dan biarkan selama lima minit sebelum dimasak. Garam berfungsi untuk menghilangkan sisa-sisa kimia atau racun serangga yang melekat pada sayur-sayuran tersebut. 3) Jangan simpan sayur yang tidak sesuai dalam peti sejuk Sayur-sayuran seperti kentang dan bawang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia sesuai disimpan pada suhu bilik yang normal bagi membolehkan ia bertahan lama. 4) Jangan simpan sayur bersama buah Ketika menyimpan sayur dalam peti air, asingkan ia daripada buah-buahan. Segelintir bu...