BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

FADLAN merancang untuk menamatkan zaman solo




KUALA LUMPUR: Sering berkongsi luahan hati gara-gara hubungan cinta lalu yang tidak kesampaian, tanpa disangka membibitkan perasaan yang mengeratkan pelakon, Fadlan Hazim dengan gadis Cina, Julie Anne Kang.

Fadlan, 27, berkata, dia mengenali Julie sejak di bangku sekolah, namun tidak pernah terdetik perasaan istimewa antara mereka. Bibit cinta antara mereka mula bercambah selepas masing-masing gagal dalam hubungan lalu.

“Setiap kali kecewa, saya akan cari Julie untuk meluahkan perasaan. Ketika saya jatuh dan teman lain menjauhkan diri, Julie sentiasa ada di sisi.

“Begitu juga Julie, apabila hubungan cintanya tidak kesampaian, dia akan mencari saya untuk berkongsi perasaan.

Walaupun selalu bertemu, perasaan cinta antara kami lambat berputik. “Namun, lama-kelamaan saya dan Julie menyedari kami saling memerlukan antara satu sama lain,” kata Fadlan yang juga calon awal Pelakon Watak Antagonis untuk kategori online Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 menerusi drama Seribu Rindu.

Ditanya mengenai perancangan membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius, pelakon yang bakal muncul dengan filem Sangkar itu berkata, perkara itu sudah mereka bincangkan.

“Memang kami berhasrat untuk mendirikan rumah tangga, tahun depan, tetapi semua itu bergantung kepada jadual kerjaya seni. Lagipun, keluarga kedua-dua belah pihak tiada masalah dan merestui hubungan kami.

“Mereka tidak memaksa, apatah lagi mendesak kami supaya mempercepatkan tarikh pernikahan. Keluarga menyerahkan sepenuh kebebasan kepada saya dan Julie untuk membuat keputusan,” katanya.

Pelakon filem Sniper, Abang Lejen, Banglo Berkunci dan Jibam The Movie itu berkata, dia selesa bersikap terbuka dan sedia berkongsi perkara peribadi kerana itu lebih mudah daripada membiarkan peminat berteka-teki.

“Namun, itu tidak bermakna, saya sedia berkongsi segala-galanya. Memadai jika peminat tahu, hati saya sudah dimiliki. Tidak perlu berlebih-lebihan bercerita dan saya hanya berkongsi apa yang perlu.

“Itu lebih baik kerana saya tidak mahu nanti peminat terkejut apabila saya mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Jihyo dan Kang Daniel bercinta dalam diam

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Jihyo kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Kang Daniel. Menurut laporan Hollywoodlife, Jihyo dan Kang Daniel kerap meluangkan masa bersama sejak awal tahun ini namun mereka cuba untuk merahsiakan hubungan itu. Kata sumber terdekat, Jihyo dan Kang Daniel bertemu menerusi rakan baik mereka yang merupakan seorang selebriti pada tahun lalu. Biarpun masih belum ada pengesahan mengenai hubungan cinta pasangan itu namun pihak agensi JYP Entertainment mendedahkan mereka berdua mempunyai perasaan satu sama lain.