BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Ibu negara baharu Indonesia di pulau Borneo

indonesia
Pulau Indonesia

Ribuan penduduk orang asli bakal kehilangan tanah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka di pulau Borneo, apabila hutan terbabit dibersihkan bagi projek pembangunan ibu negara baharu Indonesia.

Presiden Joko Widodo atau Jokowi dilaporkan berkata, ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur di pulau Borneo, dijangka beroperasi mulai 2024.

Langkah memindahkan ibu negara itu diambil selepas Jakarta didapati terlalu padat dan mengalami masalah pencemaran yang teruk, selain dilaporkan semakin tenggelam, berbanding Borneo yang terkenal dengan hutan, orang utan dan beruang matahari.

Menurut Kumpulan Hak Asasi Minoriti Antarabangsa (MRGI) berkata, orang asli kaum Dayak yang tinggal di Kalimantan, kini dilaporkan terperangkap dengan usaha mempertahankan tanah tradisi mereka, dan hutan daripada aktiviti pembalakan, perlombongan serta perladangan kelapa sawit.

“Kaum Dayak secara berterusan menjadi mangsa kemusnahan alam sekitar dan langkah ini secara fizikalnya akan lebih memusnahkan alam sekitar.

“Keputusan untuk berpindah dari Jakarta atas alasan pencemaran dan kesesakan bukan satu tindakan wajar, bagi membolehkan seseorang itu masuk ke ‘halaman’ orang lain, kerana perkara yang sama boleh berlaku.

“Justeru, rundingan perlu dilakukan bagi mengenal pasti kesan pemindahan itu,” kata pengarah eksekutif MRGI, Joshua Castellino.

Menteri Perancangan Indonesia, Bambang Brodjonegoro, berkata kerajaan sudah menjalankan penilaian antropologi, dan proses pengambilalihan tanah akan bermula pada 2020.

Sementara itu, jurucakap kumpulan sokongan Pakatan Orang Asli Asia, Kittisak Rattanakrajangsri, berkata tiada rundingan diadakan dengan orang asli di Kalimantan Timur, yang bakal kehilangan tanah dan mata pencarian bagi memberi laluan kepada pembinaan ibu negara baharu Indonesia itu.

“Mereka sudah tinggal di kawasan itu selama beberapa generasi. Penempatan semula bukanlah satu langkah penyelesaian terbaik, kerana mereka akan kehilangan sumber pendapatan jika dipindahkan dari tanah tradisi,” katanya kepada Yayasan Thomson Reuters.

Aktivis berkata, walaupun Jokowi sebelum ini memberi jaminan untuk memulangkan tanah seluas 12.7 juta hektar kepada orang asli, tetapi proses itu mengambil masa yang lama.

Pihak berkuasa berkata, mereka sudah menyediakan tanah seluas 180,000 hektar milik kerajaan di Kalimantan Timur untuk projek ibu negara itu. - Reuters

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Masyarakat suka membaca

"PERPUSTAKAAN AWAM" di Starfield Mall di COEX Centre, Gangnam-gu, Korea. Lebih ramai pengunjung di perpustakaan daripada mereka yang membeli belah. Inilah masyarakat yang suka membaca,patut di contohi orang Malaysia.

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...