![]() |
| Kereta terbang |
KERJA membina kereta terbang pertama Malaysia sudah 85 peratus siap, menurut Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Prototaip kereta terbang itu menurut beliau, sedang dibina oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun, berikutan kuasa ekonomi itu mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang.
"Saya akan ke Jepun pada September untuk menghadiri Persidangan Penerbangan dan saya berharap dapat melihat kereta (terbang) yang hampir siap yang kami akan bawa pulang ke tanah air pada akhir tahun ini,".
"Kereta terbang adalah inisiatif swasta. Kami tidak mengawal mereka mengenai apa yang mereka mahu lakukan, tetapi kami perlu mewujudkan industri kereta terbang di Malaysia,".
Berhubung sama ada kereta terbang pertama negara akan dilancarkan pada akhir tahun,bergantung pada ekosistem Malaysia untuk kereta terbang, khususnya dari segi ketersediaan untuk terbang pada waktu itu.

Ulasan