Wakil rakyat DAP itu berkata beliau bertemu lelaki berkenaan di balai polis Kampung Tawas, Ipoh selepas dibebaskan dari tahanan kira-kira jam 1.45 pagi.
Chaw berkata, kedua-dua mereka mengadakan perbincangan hati ke hati selama 30 minit.
Lelaki itu ditangkap selepas video dirinya membaling sepapan 30 telur menjadi tular dan disebarkan di internet.
Dalam video itu, lelaki berkenaan menuduh DAP "mengkhianati kaum Cina" dan "cuba menghapuskan pendidikan Cina."
Dia kemudian membaling pejabat Chaw dengan telur sambil menjerit-jerit dalam bahasa Cina.
Pada satu ketika, anak perempuannya boleh didengar mendesaknya untuk meninggalkan tempat kejadian itu.
Adalah dipercayai bahawa lelaki itu merujuk rancangan kerajaan Pakatan Harapan yang memperkenalkan "tulisan Jawi" ke dalam Bahasa Melayu, sukatan Tahun 4.
Sebelum ini, Menteri Pelajaran Maszlee Malik berkata langkah memperkenalkan Jawi untuk pelajar Tahun 4 bukan bertujuan untuk "mewujudkan proses Islamisasi di sekolah-sekolah vernakular."
Sabtu lalu, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan seni khat dalam subjek bahasa Melayu Tahun 4 mulai 2020 walaupun dibantah sebilangan kecil masyarakat.
Perdana menteri berkata, kerajaan berpegang kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain, termasuk bahasa Cina kerana ia adalah keistimewaan di Malaysia.
Ulasan