BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Nina Iskandar bersanding pada hari lahir



PELAKON Nina Iskandar mengesahkan sudah bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April lalu.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar dan pasangannya bagaimanapun memilih mengadakan majlis persandingan sempena hari jadinya yang ke-28, semalam.

Nina berkata, majlis nikah diadakan secara tertutup membabitkan keluarga kedua belah pihak kerana menganggap ia hak peribadi dan tidak perlu dihebohkan.

"Majlis nikah saya memang tak kongsi dengan umum. Bagi saya nikah adalah privasi dan rahsia. Malah, saya memang jenis begitu dan tidak suka menghebohkan sesuatu perkara.

"Pada waktu sama, saya tidak mahu ia mengundang fitnah dan orang cakap macam-macam susulan kes yang hangat diperkatakan sebelumnya. Sebab, dalam perkara ini, ia berkaitan dengan soal jodoh," katanya .

Mengenai majlis persandingan yang diadakan selepas empat bulan bernikah, Nina yang berasal dari Brunei Darussalam berkata, sudah tiba waktu dia memaklumkan kepada umum status dirinya.

"Bagi saya, ini waktu sesuai saya mengadakan majlis resepsi selain diadakan sempena hari jadi. Dalam masa sama, ia sekali gus menjelaskan status perkahwinan dengan suami.

"Saya tidak menjemput rakan media kerana menghormati permintaan kedua belah pihak keluarga. Rakan yang hadir pun dalam kalangan artis dan ia jemputan daripada David Teo," katanya.

Ditanya sama ada dia kini sudah berbadan dua, Nina memohon doa daripada semua pihak. "Belum ada lagi. Doakan yang terbaik. Ini semua rezeki daripada Allah SWT," katanya.

Majlis resepsi pasangan itu diadakan di Forest Valley, Hall, Cheras dengan dihadiri keluarga kedua mempelai serta rakan artis.

Terdahulu, Nina mengadakan sidang media memaklumkan mengenai beberapa surat notis tuntutan permohonan maaf yang sudah dihantar kepada tiga pihak membabitkan isu fitnah terhadapnya.

Isu fitnah itu mula diperkatakan selepas satu portal hiburan menyiarkan kenyataan daripada satu sumber yang mengatakan bahawa Nina menjadi punca perceraian seorang penolong pengarah dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, Nina menolak dakwaan mengenai hubungannya dengan lelaki itu dan memberitahu bahawa mereka hanya berkawan secara profesional.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Jihyo dan Kang Daniel bercinta dalam diam

ANGGOTA kumpulan TWICE iaitu Jihyo kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Kang Daniel. Menurut laporan Hollywoodlife, Jihyo dan Kang Daniel kerap meluangkan masa bersama sejak awal tahun ini namun mereka cuba untuk merahsiakan hubungan itu. Kata sumber terdekat, Jihyo dan Kang Daniel bertemu menerusi rakan baik mereka yang merupakan seorang selebriti pada tahun lalu. Biarpun masih belum ada pengesahan mengenai hubungan cinta pasangan itu namun pihak agensi JYP Entertainment mendedahkan mereka berdua mempunyai perasaan satu sama lain.