BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

perbankan


online

Kaji selidik yang dijalankan Pusat Penyelidikan Kaji Selidik Universiti UCSI mendapati lebih separuh penduduk di sekitar Lembah Klang berpendapat penggunaan perbankan Internet tidak selamat kerana terdapat keburukan dalam sistem pembayaran elektronik.

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI, Penolong Prof. Dr. Noppadon Kanika berkata, perbankan dalam talian boleh menjurus kepada pencerobohan maklumat peribadi, pelbagai jenis scam, penggodaman, kecurian identiti dan sebagainya.

Menurutnya, kajian tersebut melibatkan sejumlah 65.5 peratus daripada 551 penduduk yang dijalankan pada 1 hingga 27 Ogos lalu dan berdasarkan kajian itu majoriti penduduk di Lembah Klang menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian bagi pelbagai tujuan transaksi.

“Hasil kajian ini menunjukkan terdapat 457 individu yang menggunakan sistem pembayaran dalam talian sekurang-kurangnya melalui satu atau dua bank. Walaupun mereka berasa takut dengan risiko menggunakan perbankan dalam talian, 7.5 peratus daripada responden mengakui bahawa mereka melakukan transaksi wang secara dalam talian kerana ianya lebih cepat dan mudah.

“Ramai yang berasa senang apabila menggunakan perkhidmatan bank dalam talian, walaupun mereka takut dengan kewujudan penggodam dan pencerobohan identiti yang boleh berlaku.

“Setelah ujian pada data menerusi net promoter score dijalankan, didapati mereka tidak menyarankan pada rakan dan keluarga mereka untuk menggunakan perkhidmatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noppadon berkata, sebagai langkah pencegahan, pihak bank diminta untuk mempertimbangkan menaikkan imej korporat dengan menggunakan taktik ‘OnAir-Online-OnGround’.

Tambahnya, langkah tersebut dapat meyakinkan pengguna untuk menggunakan perbankan dalam talian tanpa was-was.

Bank yang menggunakan taktik ini boleh mempromosikan jenama mereka menerusi rangkaian stesen televisyen, dan memaparkannya menerusi dalam talian sebagai contoh YouTube, Facebook, Instagram dan pelbagai lagi.

“Dalam masa sama, mereka perlu adakan satu aktiviti turun padang yang dapat memenuhi kehendak dan permintaan pelanggannya serta menaikkan lagi penyertaan pelanggan yang secara tidak langsung mampu menaikkan jumlah pengguna perbankan dalam talian,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Petua Simpan Sayur bertahan lama

Sayuran Petua bagaimana untuk mengekalkan kesegaran sayur agar ia bertahan lama. Apa kata kita ikuti langkah-langkah yang dinyatakan: 1) Jangan basuh sebelum disimpan Jangan sesekali membasuh sayur-sayuran sebelum disimpan dalam peti ais. Jika dibasuh ia akan jadi lembik dan tidak mampu bertahan lama. Sebaiknya, cuci sayur tersebut tatkala anda mahu menggunakannya. 2) Rendam dengan air garam Rendam sayur-sayuran ke dalam air yang dibubuh garam selama 10 minit. Kemudian tos dan biarkan selama lima minit sebelum dimasak. Garam berfungsi untuk menghilangkan sisa-sisa kimia atau racun serangga yang melekat pada sayur-sayuran tersebut. 3) Jangan simpan sayur yang tidak sesuai dalam peti sejuk Sayur-sayuran seperti kentang dan bawang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia sesuai disimpan pada suhu bilik yang normal bagi membolehkan ia bertahan lama. 4) Jangan simpan sayur bersama buah Ketika menyimpan sayur dalam peti air, asingkan ia daripada buah-buahan. Segelintir bu...