BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Perkeso untuk suri rumah

Perkeso


PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) berharap skim perlindungan sosial baharu ke atas suri rumah di Malaysia akan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memberi perlindungan keselamatan kepada golongan itu biarpun mereka tidak bekerja.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, cadangan itu diharapkan akan menjadi realiti untuk dilaksanakan pada 1 Januari 2020 kepada 1.4 juta suri rumah yang disasarkan. “Suri rumah ketika ini tiada sebarang perlindungan keselamatan sosial. “Jadi saya sangat berharap ia akan jadi realiti kerana suri rumah tidak ada sebarang perlindungan keselamatan. Sekiranya berlaku apa-apa, tiada sebarang faedah akan mereka peroleh,”

Pada masa sama, Dr Mohammed Azman berkata, bagi suami yang mampu, mungkin mereka ada membelikan perlindungan insurans untuk isteri masing-masing.
“Tapi bagi yang tak mampu, suri rumah tidak akan ada apa-apa jika berlaku kemalangan.
“Maka dengan caruman Perkeso ia sedikit sebanyak memberi perlindungan untuk suri rumah ini seperti yang telah diimplementasikan kepada pemandu teksi, bas dan e-hailing,” katanya.

“Sebenarnya cadangan ini telah lama (disuarakan), tetapi masih dalam perbincangan. Saya harap ia akan dapat kelulusan dan mekanisme bayaran akan kita lihat nanti.
“Siapa akan bayar caruman itu masih dalam perbincangan kerana pihak kami kalau boleh tidak mahu bebankan suami, kerana mungkin ada suri rumah yang mampu dan bersedia melakukannya, kami sedang lihat cara untuk membantu,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Hadiah Harijadi Lim Guan Eng,berupa replika tahi yang diberikan oleh geng Ghanis Jiman. Itu hanya replika yang kita amat jijik melihatnya apatahlagi hendak memakannya. Di jepun didalam rancangan Japan Fear Factor mereka harus memakan tahi sebenar untuk merebut  Prize 1 Billion Yen.Apakah anda semua sanggup memakan tahi hanya untuk merebut hadiah sebesar  1 Billion Yen. Jika anda semua sanggup,pergilah kejepun untuk memasuki  Japan Fear Factor. Semoga anda semua termasuk dalam golongan mereka ini didalam rancangan Japan Fear Factor:Makan Tahi dengan hadiah Prize 1 Billion Yen

Nicolas Cage bercerai setelah 4 hari berkahwin.

PELAKON Nicolas Cage akhirnya buka mulut mengenai punca dia menceraikan isterinya setelah empat hari berkahwin. Menurut laporan People, Nicolas berkata dia membuat kesilapan kerana tergesa-gesa berkahwin dengan penata rias, Erika Koike. Mengenai perpisahan yang berlaku baru-baru ini, saya tak mahu perbahaskan lagi. Tapi saya cukup kecewa dengan perkara itu dan apa yang terjadi," katanya ketika ditemubual The New York Times Magazine.Pada Mac lalu, pasangan ini berkahwin di Hotel Bellagio, Los Angeles. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat hari sebelum Nicolas membuat permohonan pembatalan perkahwinan di mahkamah. Pada 31 Mei lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai dan bukan lagi sebagai suami isteri.Dalam dokumen permohonan pembatalan itu, aktor filem Face/Off mendakwa mereka berdua membuat keputusan silap meneruskan perkahwinan tersebut. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana isteri keempatnya itu tidak berlaku jujur dengan me...

Petua Simpan Sayur bertahan lama

Sayuran Petua bagaimana untuk mengekalkan kesegaran sayur agar ia bertahan lama. Apa kata kita ikuti langkah-langkah yang dinyatakan: 1) Jangan basuh sebelum disimpan Jangan sesekali membasuh sayur-sayuran sebelum disimpan dalam peti ais. Jika dibasuh ia akan jadi lembik dan tidak mampu bertahan lama. Sebaiknya, cuci sayur tersebut tatkala anda mahu menggunakannya. 2) Rendam dengan air garam Rendam sayur-sayuran ke dalam air yang dibubuh garam selama 10 minit. Kemudian tos dan biarkan selama lima minit sebelum dimasak. Garam berfungsi untuk menghilangkan sisa-sisa kimia atau racun serangga yang melekat pada sayur-sayuran tersebut. 3) Jangan simpan sayur yang tidak sesuai dalam peti sejuk Sayur-sayuran seperti kentang dan bawang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia sesuai disimpan pada suhu bilik yang normal bagi membolehkan ia bertahan lama. 4) Jangan simpan sayur bersama buah Ketika menyimpan sayur dalam peti air, asingkan ia daripada buah-buahan. Segelintir bu...