BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Catatan

Petua Simpan Sayur bertahan lama

Sayuran Petua bagaimana untuk mengekalkan kesegaran sayur agar ia bertahan lama. Apa kata kita ikuti langkah-langkah yang dinyatakan: 1) Jangan basuh sebelum disimpan Jangan sesekali membasuh sayur-sayuran sebelum disimpan dalam peti ais. Jika dibasuh ia akan jadi lembik dan tidak mampu bertahan lama. Sebaiknya, cuci sayur tersebut tatkala anda mahu menggunakannya. 2) Rendam dengan air garam Rendam sayur-sayuran ke dalam air yang dibubuh garam selama 10 minit. Kemudian tos dan biarkan selama lima minit sebelum dimasak. Garam berfungsi untuk menghilangkan sisa-sisa kimia atau racun serangga yang melekat pada sayur-sayuran tersebut. 3) Jangan simpan sayur yang tidak sesuai dalam peti sejuk Sayur-sayuran seperti kentang dan bawang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia sesuai disimpan pada suhu bilik yang normal bagi membolehkan ia bertahan lama. 4) Jangan simpan sayur bersama buah Ketika menyimpan sayur dalam peti air, asingkan ia daripada buah-buahan. Segelintir bu...

Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad Kakak pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, 35, mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami, Sharnaaz Ahmad. “Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad. “Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya. Apa yang lebih penting, kata Nabila, adalah masa depan anak tunggal mereka, Jebat Jayden, yang baru berusia setahun. “Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” katanya. Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Nabila memfailkan perceraian terhadap pelakon filem Wangi itu. Nabila difahamkan berbuat demikian apabila berkongsi sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story m...

Ibu negara baharu Indonesia di pulau Borneo

Pulau Indonesia Ribuan penduduk orang asli bakal kehilangan tanah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka di pulau Borneo, apabila hutan terbabit dibersihkan bagi projek pembangunan ibu negara baharu Indonesia. Presiden Joko Widodo atau Jokowi dilaporkan berkata, ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur di pulau Borneo, dijangka beroperasi mulai 2024. Langkah memindahkan ibu negara itu diambil selepas Jakarta didapati terlalu padat dan mengalami masalah pencemaran yang teruk, selain dilaporkan semakin tenggelam, berbanding Borneo yang terkenal dengan hutan, orang utan dan beruang matahari. Menurut Kumpulan Hak Asasi Minoriti Antarabangsa (MRGI) berkata, orang asli kaum Dayak yang tinggal di Kalimantan, kini dilaporkan terperangkap dengan usaha mempertahankan tanah tradisi mereka, dan hutan daripada aktiviti pembalakan, perlombongan serta perladangan kelapa sawit. “Kaum Dayak secara berterusan menjadi mangsa kemusnahan alam sekitar dan langkah ini secara fizikalny...

Penyanyi BBNU ditahan polis cekik pekerja stesen minyak.

Budak Baru Nak Up. PENYANYI yang juga komposer lagu ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang itu, penyanyi lelaki berusia 21 tahun itu ditahan anggota polis selepas kejadian itu dimaklumkan oleh pengurus stesen minyak. Kejadian berlaku ketika artis terbabit muncul di premis itu untuk mengisi petrol kenderaannya.Berlaku salah faham ketika artis itu membuat bayaran terhadap minuman yang mahu dibeli. Difahamkan artis itu mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit, namun kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh kakitangan stesen minyak.Artis itu tidak berpuas hati kemudian menyerang kakitangan lelaki terbabit serta mencekik leher mangsa. Pengurus stesen minyak turut bertindak segera menghubungi polis selepas gagal mendapatkan kerjasama daripada artis tersebut. Anggota polis yang cuba menenangkan keadaan turut dicabar sehingga terpaksa menahan dan membawa penyanyi itu ...

perbankan

Kaji selidik yang dijalankan Pusat Penyelidikan Kaji Selidik Universiti UCSI mendapati lebih separuh penduduk di sekitar Lembah Klang berpendapat penggunaan perbankan Internet tidak selamat kerana terdapat keburukan dalam sistem pembayaran elektronik. Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI, Penolong Prof. Dr. Noppadon Kanika berkata, perbankan dalam talian boleh menjurus kepada pencerobohan maklumat peribadi, pelbagai jenis scam, penggodaman, kecurian identiti dan sebagainya. Menurutnya, kajian tersebut melibatkan sejumlah 65.5 peratus daripada 551 penduduk yang dijalankan pada 1 hingga 27 Ogos lalu dan berdasarkan kajian itu majoriti penduduk di Lembah Klang menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian bagi pelbagai tujuan transaksi. “Hasil kajian ini menunjukkan terdapat 457 individu yang menggunakan sistem pembayaran dalam talian sekurang-kurangnya melalui satu atau dua bank. Walaupun mereka berasa takut dengan risiko menggunakan perbankan dalam talian, 7....