BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Nama-nama artis tanahair yang pergi buat selamanya di tahun 2010.

Tahun 2010 akan meningalkan kita,begitulah dengan ramai artis tanah air,yang telah pergi buat selamanya. Berikut adalah nama artis yang pergi menyambut seruan ilahi buat selamanya di tahun 2010. 1. AHMAD C ( Lahir 1932 - 14 Januari 2010) Pelakon veteran, Mohamad Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ahmad C meninggal dunia pukul 12 tengah hari di Hospital Kota Tinggi, Johor Bahru akibat masalah jantung yang dialaminya sejak dua tahun lalu. Antara filem yang pernah mengangkat namanya sebagai pelakon berbakat ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Abu Hassan Penchuri, Ibu Mertuaku, Ali Baba Dan 40 Penyamun, Raja Bersiong dan banyak lagi. Beliau juga pernah menganggotai kumpulan Panca Sitara 1 dan 2 sekitar tahun era 50-an bersama P Ramlee, Kassim Masdor, Aziz Jaafar dan Normadiah. 2. LYANA SULAIMAN (Lahir 1978 – 20 Januari 2010) Adik kepada aktres Zarina Zainuddin, Lyana Sulaiman, 32, meninggal dunia di rumah ibunya di Ipoh, Perak pukul 11 pagi akibat penyakit misteri. Lyan...

Penyanyi terkenal Maher Zain

Penyanyi terkenal Maher Zain gagal untuk hadir ke program siaran langsung Nasi Lemak Kopi O (NLKO) terbitan stesen televisyen TV9, di Sri Pentas, Ahad. Menurut Produsernya, Wan Sabariah Shikh Ali, hal tersebut telah menyebabkan slot temubual selama 17 minit bersama penyanyi itu digantikan dengan slot lain. “Sebelum ini semuanya berjalan lancar dan sehinggalah saat-saat akhir untuk slot tersebut, kami baru diberitahu bahawa Maher Zain tidak dapat dihubungi oleh penganjur. “Jika program ini rakaman mungkin kami boleh tunggu tetapi ini adalah program secara langsung, malah kami sudah menuar-uarkan perkara tersebut beberapa hari sebelum ini,” katanya yang kesal dengan tindakan tersebut. Jelas Wan Sabariah, temubual tersebut juga adalah permintaan daripada pihak penganjur KMG Globalzone sebagai mempromosi Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain pada 26, 27 dan 28 Disember ini. “Pihak penganjur yang memohon satu slot untuk Maher Zain sebagai promosi malam amal tersebut. Kami tidak ada ma...

Pasukan Malaysia menundukkan Indonesia, 3-0

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan pertama menyaksikan pasukan Malaysia menundukkan Indonesia, 3-0 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad. Kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi kumpulan sebelum ini bukan alasan buat skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit melakukan serangan dan cubaan Kunanlan pada minit ke-18 hampir memberi mata kepada pasukan negara, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang lawan, Kurnia Meiga Hermansyah. Pemain lincah Indonesia, Oktovianus Maniani hampir meranapkan benteng pertahanan negara, tetapi kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bola berjaga diselamatkan. Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan. Permulaan babak kedua lebih menarik, lebih-lebih lagi pasukan Malaysia berjaya mendahului pasukan lawan apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke-59 hasil daripada hantaran Norshahrul Idlan Talaha. Stadium sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong-penyoko...

LEGASI 25 tahun Proton Saga

LEGASI 25 tahun Proton Saga menyaksikan transformasi model pertama syarikat automotif pertama Malaysia itu terus kukuh sehingga kini. Sejak suku abad lalu, Saga dikenali sebagai kereta paling berpatutan dan mampu milik di negara ini menjadikannya terus popular. Mahu kekal sebagai kereta pilihan masyarakat menyebabkan pengeluarnya, Kumpulan Proton Berhad (Proton) melakukan perubahan demi citarasa semasa dengan memperkenalkan Saga Facelift (FL). Gaya luaran Saga FL direka bentuk baru yang dinamik bagi pengadang, bumbung, lampu dan jeriji hadapan serta bampar belakang. Cermin sisi juga diberikan wajah baru yang dilengkapi dengan lampu LED sebagai pemberi isyarat haluan dan pemantul belakang. Bahagian dalaman Saga FL pula menyerlahkan kerusi penumpang dan pintu penuh fabrik baru, pemain cakera padat (CD) dan MP3. Model ini juga menyerlahkan pemanduan lebih baik dengan jaminan keselamatan penumpang yang mampu menarik minat generasi muda sebagai pembeli kereta. Harga Saga FL bermula serendah...

Tandas awam:Merevolusi pemikiran

RAMAI pengunjung asing yang datang ke Malaysia memberi gambaran yang baik tentang negara ini. Tetapi pandangan mereka jauh berbeza terhadap keadaan tandas awam dan tandas di kedai-kedai dan restoran. Di sebalik pelbagai kempen kebersihan tandas, kita seperti tidak mencapai apa yang diharapkan dan budaya kebersihan tandas nampaknya semakin jauh daripada memuaskan. Tidak memeranjatkan melihat kepada laporan audit baru-baru ini yang dijalankan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan yang melaporkan bahawa 51.6 peratus daripada 5,764 tandas awam yang diaudit didapati tidak memuaskan. Seseorang hanya perlu menggunakan tandas awam untuk melihat sendiri betapa jijik keadaannya. Tandas awam di kompleks membeli-belah juga tidak banyak berbeza walaupun orang awam terpaksa membayar untuk kemudahan tersebut. Pengusaha makanan sentiasa cuba meningkatkan kualiti makanan yang dijual tetapi tidak mengindahkan langsung tentang kualiti kebersihan tandas. Ia bertitik tolak kepada persoalan penyelenggaraan, cara p...

KLIMS 2010

KEJAYAAN Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) bakal berulang apabila acara itu menemui peminatnya sekali lagi sepanjang minggu ini sehingga 12 Disember nanti. Selepas melakar sejarah tersendiri pada 2000, 2003 dan 2006, KLIMS’10 telah bersedia untuk mencipta satu lagi rekod hebat kerana 330,000 pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sepanjang sepuluh hari pameran ini berlangsung. Pameran untuk penggemar automotif dan pencinta kereta ini bukan sahaja membuka peluang untuk mereka melawat, tetapi juga membolehkan setiap pengunjung melihat, menyentuh dan menikmati sendiri keunikan kereta-kereta ternama yang mungkin selama ini hanya berpeluang dilihat di dalam majalah permotoran sahaja. Menurut Ketua Jawatankuasa KLIMS’10, Datuk Aishah Ahmad, pameran kali ini menjanjikan keajaiban terbaru dan paling sensasi di dunia automotif serta menawarkan aksesori kereta yang sentiasa dicari-cari peminat kender...

Akujanji anda dengan facebook.

Tahukah anda semasa anda membuat akun(akujanji) di Facebook, maka secara tidak langsung anda telah berjanji dan menandatangani kontrak (secara digital) untuk setuju dengan apa yang dituliskan di dalam perjanjian dengan Facebook. (kebanyakan kita tidak membaca langsung akujanji ini) Ada bagian dari Term of Use ini yang perlu di teliti kerana  hal ini menyangkut hak anda terhadap foto-foto milik anda yang diupload ke Facebook Ini adalah bahagian yang perlu disemak.. When you post User Content to the Site, you authorize and direct us to make such copies thereof as we deem necessary in order to facilitate the posting and storage of the User Content on the Site. By posting User Content to any part of the Site, you automatically grant, and you represent and warrant that you have the right to grant, to the Company an irrevocable, perpetual, non-exclusive, transferable, fully paid, worldwide license (with the right to sublicense) to use, copy, publicly perform, publicly display, reformat, ...

PDRM masih mengamalkan sikap double standard

Tindakan Polis menahan seramai 52 orang dan memukul puluhan yang lain sewaktu Perhimpunan Aman, Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat, membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tugas. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkat, insiden buruk itu mencalarkan lagi integriti polis dan kredibiliti Ketua Polis barunya, Tan Sri Ismail Omar.                                     Menurut Zuraida, rekod buruk pertama Ismail selaku Ketua Polis baru, membuktikan bahawa PDRM masih mengamalkan sikap ‘double standard’ atau berat sebelah dalam melaksanakan tugas. Zuraida berkata, peri laku polis pada perhimpunan Ahad lalu hanya menguatkan dakwaan kesemua institusi kerajaan termasuk PDRM dan FRU diperkudakan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN). Sikap tidak adil PDRM itu dizahirkan dengan tindakan polis menggunakan pancutan air m...

Punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda

Dalam kesempatan ini, marilah menyelongkar pendekatan daripada hadis-hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda: 1- Ilmu Islam beransur hilang sedikit demi sedikit. 2- Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka. 3- Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung). 4- Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan. 5- Terlampau mewah. 6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama). 7- Tipu menipu dalam perkara dunia. 8- Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan). 9- Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka. 10- Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri. 11- Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah. 12- Orang yang baik terlalu sed...