BERITA SEMASA       Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Pemacu mudah alih edisi terhad GoFlex untuk Mac

 Mac, Seagate  memperkenalkan koleksi baru pemacu luaran GoFlex untuk Mac yang direka khusus demi kemudahan pengguna Mac OS X dan Time Machine dalam menyalin, menghantar atau berkongsi kandungan digital. Penyelesaian desktop berformat HFS+ mudah alih baru itu serasi sepenuhnya dengan perisian salinan Apple Time Machine dan sementara masih boleh berfungsi dalam komputer sama ada Microsoft Windows atau Mac OS X. Malah, ciri-ciri unik pemacu GoFlex untuk Mac membolehkannya dapat digunakan dalam komputer dengan sistem operasi Windows cuma dengan memuat turun panduan HFS+ untuk Windows melalui Seagate.com. Setiap produk GoFlex untuk Mac sedia dilengkapi dengan FireWire 800, adapter USB 2.0 dan kabel - antara muka yang paling popular untuk komputer Apple. Malah ia menawarkan fleksibiliti penukaran antara muka pemacu itu ke USB 3.0 atau dengan eSATA bagi penggunaan dalam komputer Windows. Kabel antara muka GoFlex ini dapat mencapai kelajuaan, prestasi dan penyambungan yang diinginkan...

Google Inc. (Google) kini di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Google Inc. (Google) kini mencari tenaga kerja tempatan yang bersifat analitikal dan pintar dalam pelbagai bidang untuk melengkapkan komitmennya dalam mengembangkan rangkaian perniagaan antarabangsanya melalui pembukaan operasi baru di Kuala Lumpur. Pada masa ini, Google mempunyai lebih 60 pejabat di seluruh dunia termasuk di Singapura yang telah dibuka empat tahun lalu. Menurut Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud, bakat tempatan berkualiti itu akan dapat membantu pengguna Google mendapatkan maklumat yang diperlukan, pada masa yang sama menyumbang dalam memajukan perniagaan-perniagaan tempatan. "Pembukaan pejabat ini adalah sebagai langkah untuk kami menawarkan perkhidmatan platform pengiklanan, perkhidmatan web dan pengalaman pencarian terkemuka Google kepada pengguna, pengiklan dan rakan niaga kami di Malaysia. "Ia juga sebahagian daripada langkah meluaskan pelaburan Google di rantau ini, di samping usaha berterusan untuk menyediakan produk t...

Kapal mewah, kapal selam dan kapal terbang.

PERKEMBANGAN dalam teknologi yang semakin membuatkan ramai daripada kita ingin memiliki sesuatu yang sebelum ini hanya boleh dilihat dalam filem-filem fiksyen sains. Kini, seorang pereka bentuk konsep British, Phil Pauley telah menunjukkan bagaimana imaginasinya mampu memukau sesiapa sahaja yang melihat reka bentuk kenderaan hibrid ini yang menggabungkan ciri-ciri kapal mewah, kapal selam dan kapal terbang. Dalam reka bentuk terbarunya, Pauley telah mereka beberapa bot yang boleh 'terbang di udara,' menyelam atau mengeluarkan dek tambahan apabila diperlukan. Bot yang paling mewah adalah Yatch Cruiser yang menawarkan kemewahan bot bertaraf tujuh bintang di keseluruhan kapal pesiaran itu kerana ia menggunakan badan kapal lutsinar satu hala. Ini bermakna penumpang kapal boleh melihat permukaan laut terus dari bilik mereka tanpa perlu berdiri di atas dek kapal atau membuka tingkap. Bagaimanapun, jika anda masih ingin menikmati udara segar dengan berehat di atas dek, kapal ini mempu...

Notebook terpantas di dunia, MSI GT680

PENGELUAR produk komputeran terkenal di dunia, Micro Star International (MSI)mendatangkan  notebook terpantas di dunia, MSI GT680 yang disokong Intel Core 2 i7 nVIDIA DirectX 11 berkuasa tinggi. Ia juga siap dengan kad grafik GeForce GTX 460M yang mampu memecahkan rekod menakjubkan dengan kepantasan tiga kali lebih cepat dibandingkan rata-rata notebook game lain di pasaran. Di samping itu, ia mempunyai empat slot memori DDR3, meningkatkan kapasiti memori sehingga 16GB dan arkitektur pemacu solid state dipercepat untuk memaksimumkan prestasi dan meletakkannya sejajar dengan penyelesaian desktop terbaik. Generasi Intel Core2 i7 lengkap dengan teknologi Turbo Boost 2.0 yang meningkatkan kemampuan komputasi dari semua Core manakala teknologi Quick Sync Video meningkatkan teknologi fail multimedia. Kad grafik nVIDIA GeForce GTX 460M dengan memori 1.5GB GDDR5 menyokong DirectX 11 untuk resolusi yang lebih tinggi membolehkannya  melihat, misalnya, butiran bangunan dari sudut jauh kej...

Monitor LED Ben Q

Siri monitor terbaru itu ialah BL Series (19"/22'W/24"W), EW/ VW Series (21.5"W/24"W), XL Series (24"W) dan GL Series . Enam model baru dalam siri ini dilengkapi dengan ciri dan corak Ergonomik dan mesra alam untuk memperlihatkan nilai semasa penggunaan, mengatasi persaingan dan memberikan kelebihan kepada BenQ dalam industri Teknologi Maklumat (IT) sebagai pengeluar pertama penayang LED "4E". Sebagai syarikat pengeluar teknologi panel LED-backlit Kesejajaran Tegak (VA) yang pertama di dunia, BenQ telah melengkapkan model 24" BL2400PT dengan panel VA bagi memberikan pengalaman sudut tayangan luas 178° yang tiada tandingan. Sensor Pelindung-Mata Automatik bersepadu menilai paras cahaya persekitaran dan menyesuaikan tahap kecerahan tayangan secara berterusan bagi memberi keselesaan mata maksimum untuk tempoh tayangan panjang dan mengurangkan ketegangan dan keletihan mata. Siri VW mempunyai corak yang sama seperti monitor siri V yang memenangi a...

Komputer tablet Apple iPad

SELEPAS telefon pintar seperti iPhone dan Blackberry menjadi salah satu lambang gaya hidup masa kini, komputer tablet pula menjengah pasaran dan menjadi gajet yang mengujakan para penggemar teknologi. Apple sebagai peneraju telah memperkenalkan iPad bagi melengkapi senarai gajet pintarnya yang menjadi koleksi penting penggemar jenama itu yang selama ini ’taksub’ pada iPhone dan iPod Touch. Dikenali sebagai komputer tablet dalam kalangan pengguna secara umum, jenama Samsung pula tampil dengan Galaxy Tab diikuti Playbook oleh Blackberry yang memberikan tawaran hampir sama. iPad merupakan gajet yang berguna sekiranya kita tahu kegunaannya secara menyeluruh. Oleh itu, penting untuk seseorang yang membeli iPad untuk mengetahui tujuan membeli gajet ini serta mengetahui kebolehannya secara optimum. Jika tidak, ia merupakan satu kerugian, Apple adalah jenama peneraju. Walaupun ada produk komputer tablet pesaing di pasaran kini,iPad adalah keluaran terbaik dan tidak boleh ditandingi jenama-jena...

AJL25 pemenang dipertikai.

Selepas kontroversi tidak dibenarkan memegang gitar bagi sesi fotografi profil Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25), penyanyi Ana Raffali sekali lagi dipalit dengan kontroversi apabila kemenangannya sebagai juara AJL25 dipertikai. Ramai pihak yang mempersoalkan kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku karya lirik dan ciptaan Ana sendiri setelah rancangan berprestij itu melabuhkan tirai di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam Ahad lalu. Kejayaan Ana yang merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 itu mengundang suasana yang kurang manis sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang apabila kebanyakan penonton di stadium berkenaan bangun meninggalkan kerusi masing-masing. Ia seperti isyarat peminat dunia hiburan tidak dapat menerima keputusan juri yang diketuai M.Nasir itu mengenai pemilihan berkenaan. Lebih dahsyat lagi, semasa sidang media diadakan ada wartawan yang melabelkan lagu berkenaan umpama sampah dan mempersoalkan kenapa ia harus diangkat sebagai pemenang. Sebaliknya, anak d...

Harga minyak diturun semula!

Berikutan dari tekanan politik kerajaan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam. “Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama. “Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga sebelum kenaikan berlaku,” katanya. Itu adalah kata-kata Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani bukannya kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Najib.. kah..kah..kah.. Harga minyak diturun semula ISLAMABAD 7 Jan. – Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam. Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang. “Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama. “Terdapat...

Jiran terlampau

Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau. Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah. Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit. Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya. Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terke...

Menyamakan kedudukan Raja dengan para Nabi.

Sikap yang menyatakan bahawa haram untuk mengkritik dan punyai pendapat berbeza dengan Raja-Raja Melayu adalah satu pandangan yang hina, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Tindakan ini tambahnya seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi. Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. “Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. “Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media. Dr Asri menerangakan, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah, namun Nabi tidak membunuh beliau. Justeru katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) d...

Masjid Ground Zero dan konspirasi Yahudi

Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107; Maksudnya; “Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.” Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika. Surah At-Taubah, ayat 109; Maksudnya; “Maka adakah orang yang ...

Julie Woon bercium dengan rakan wanitanya

Julie Woon yang bercium dengan rakan wanitanya.

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung. Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok. Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Aman...